{
}

3 Tip Mudah Untuk Pastikan Makanan Anda Selamat Untuk Dimakan Ketika Hamil


Mengamalkan diet yang seimbang adalah perlu, terutama sekali apabila anda sedang mengandung.

Tapi hakikatnya ia bukan sekadar “makan secara sihat” tapi juga “makan secara selamat”.

Memakan makanan yang tinggi kandungan lemaknya pada waktu lewat malam atau memakan sesuatu makanan secara berlebihan boleh memudaratkan kesihatan seseorang wanita hamil itu.

Apa yang anda makan ketika mengandung akan memberi kesan terus kepada kesihatan dan tumbesaran kandungan dalam perut anda. Lagipun anda lebih terdedah kepada jangkitan kuman atau penyakit.

Di bawah ini adalah beberapa tip mudah yang akan memahami food safety basics untuk sepanjang waktu yang kritikal ini.

1. Ketahui ramuan di dalam makanan anda

Foto: Reply OB/GYN & Fertility

Ketika anda hamil, takkan nak masak sendiri sepanjang masa? Mestilah anda rasa teringin nak makan luar sekali-sekala kan?

Sebelum anda order apa-apa, periksa dulu ramuannya dan cara ia dimasak. Jika ia mengandungi telur mentah atau ikan, minta supaya ia dimasak dengan betul. Jika tak, baik elak saja.

Check juga dengan doktor jika ada sesetengah ramuan atau makanan yang anda patut elak. Pastikan apa yang anda order di kedai tak mengandungi ramuan merbahaya ini dalam apa juga bentuk.

2. Elak daripada makan lebihan makanan daripada semalam

Sebelum ini, leftover daripada lauk semalam memang sedap saja dimakan. Tapi bila anda hamil, lebih baik anda jangan makan makanan yang dah tak fresh.

Masak dan makan makanan segar supaya anda tak terkena sebarang jangkitan. Makanan yang segar adalah makanan yang paling selamat untuk wanita hamil.

3. Baca langkah-langkah memasak dengan teliti

Jika anda ingin memasak makanan dalam pek, pastikan anda baca labelnya dan ikuti cara masak dan menyimpannya betul-betul.

Anda juga perlu pastikan yang anda amalkan kebersihan dan penjagaan diri ketika makan tak kiralah di rumah ataupun di luar. Hati-hati ya!

Sumber: Mom Junction