Tatkala dunia diselubungi keresahan akibat ancaman novel koronavirus atau COVID-19, adalah penting untuk manusia sejagat mematuhi arahan pengasingan misahan jarak sosial (social distancing), duduk di rumah, jaga kebersihan dan mengamalkan gaya hidup sihat.

Bukan itu saja, pengambilan minuman dan makanan probiotik seperti dadih, sider epal, cuka, kombucha, kimchi, tapai dan sebagainya boleh membekalkan jutaan bakteria sihat yang sentiasa merangsang sistem imunisasi untuk lebih aktif.

Foto: SCMP

Pakar Oftamologi terkenal, Prof Datuk Dr Muhaya Mohamad, turut berkongsi resipi Air Siraman Rahsia yang diamalkannya untuk kekal segar sepanjang hari.

Beliau berkata, ramuan berkenaan mampu meningkatkan imunisasi badan terutama dalam keadaan kita berhadapan dengan pandemik COVID-19.

Foto: MW

Ramai dalam  kalangan doktor di Pusat Perubatan Putra sudah mencuba minuman ini dan mengamalkannya. Anda bila lagi?

Di sini Hijab & Heels ingin berkongsi ramuan membuat Air Siraman Rahsia yang dikongsikan Prof Dr Muhaya.

Bahan-bahannya:

Bunga Cengkih

Bunga Lawang

Buah Pelaga

Kayu Manis

Foto: Alaf21

Kunyit Hidup (sebesar ibu jari, hiris)

Halia (sebesar ibu jari, hiris)

Serai (3 batang, dititik)

Cara membuatnya:

  1. Masukkan ketujuh-tujuh bahan di atas ke dalam jag atau cawan.
  2. Tuangkan air mendidih dan biarkan selama beberapa minit
  3. Apabila minuman nampak sebati, bermakna sudah siap untuk dihidangkan dan diminum.

Minuman ini boleh digunakan banyak kali, hanya perlu menambah air bila hendak meminumnya.

Sebar-sebarkan agar semua mendapat manfaat dari khasiat semula jadi yang Allah jadikan dalam bahan-bahan yang digunakan.

Insya-Allah dengan mengamalkan minuman ini yakni dengan izin Allah SWT, dapat meningkatkan sistem imunisasi tubuh, selain bermohon agar dijauhkan daripada COVID-19 ini serta berdoa agar dunia kembali aman.

Sumber: Facebook