{
}

Anak alami simptom Palsi Serebrum? Ini perkara yang ibu bapa perlu lakukan!


Sebagai ibu bapa, amat penting untuk anda mengetahui perkembangan tumbesaran dan memantau kesihatan anak walau dalam apa jua keadaan sekali pun.

Jika tumbesaran anak anda lambat, otot kaki dan tangan lemah, berjalan secara menjengket atau mempunyai masalah seperti sukar untuk menelan dan bercakap, anak anda mungkin mempunyai simptom Palsi Serebrum (cerebral palsy).

cerebral palsy Foto: UCP of Minnesota

Secara mudahnya, serebrum bermaksud otak manakala palsi bermaksud kurang atau tidak berupaya mengawal pergerakan otot. Palsi Serebrum merupakan satu kondisi yang berlaku akibat kerosakan otak yang terjadi sewaktu bayi dalam kandungan, semasa lahir atau selepas kelahiran.

Kanak-kanak atau sesiapa sahaja yang mengalami masalah ini sukar untuk mengawal pergerakan otot dan akan mengakibatkan kesukaran untuk mengawal postur, pergerakan serta mengimbangkan diri. Ini akan mendedahkan mereka kepada risiko kecacatan yang berkekalan.

Palsi Serebrum boleh berlaku sekiranya otak bayi tidak terjadi secara normal ketika di dalam kandungan, atau otak bayi tercedera semasa atau selepas lahir. Terdapat juga beberapa punca lain yang menyebabkan situasi ini terjadi antaranya:

Cerebral Palsy Foto: Cerebral Palsy Malaysia
  1. Kekurangan bekalan oksigen (anoxia)
  2. Kelahiran pra-matang
  3. Kecederaan ketika lahir
  4. Jangkitan ketika lahir
  5. Bayi lemas keika lahir
  6. Jangkitan kuman yang terjadi kepada ibu ketika bayi dalam kandunga
  7. Ibu mengalami kencing manis, darah tinggi atau kurang darah ketika mengandung
  8. Pendarahan kronik ketika mengandung
  9. Meningitis (jangkitan kuman di selaput otak)
  10. Demam kuning
  11. Pendarahan di dalam otak bayi
  12. Kecederaan otak disebabkan kemalangan, penderaan atau penganiayaan fizikal.

Namun begitu, terdapat 30 peratus kes Palsi Serebrum yang tidak dapat dikenalpasti puncanya. Jika anda dapat mengesan tanda-tanda Palsi Serebrum pada anak anda, ini perkara yang perlu anda lakukan.

cerebral palsy Foto: Absolute Balance
  1. Dapatkan nasihat dan pemeriksaan pakar.
  2. Pastikan anda mempunyai kelengkapan yang sesuai untuk penjagaan anak Palsi Serebrum.
  3. Cari pakar, sekolah khas atau pusat yang mampu membantu kanak-kanak Palsi Serebrum.
  4. Galakkan anak untuk berkawan dengan kanak-kanak yang normal. Beri peluang untuk mereka bersosial dengan kanak-kanal lain seawal mungkin.
  5. Bantu anak meneroka hobi dan minatnya.
  6. Fokus pada membentuk identiti diri anak berbanding hanya memikirkan mereka 'kurang mampu.'
  7. Fokus pada kelebihan, bakat dan keupayaan mereka.
  8. Berbincang dengan ibu bapa yang mempunyai pengalaman sama.
  9. Paling penting, anda sebagai ibu bapa perlu tahu atau mempelajari asas bagaimana untuk menjaga anak Palsi Serebrum. Dapatkan rawatan yang betul dan beri penjagaan serta sokongan kepada mereka.

Sumber: MyHealth dan The Asianparent Malaysia