Minum air masak 2 hingga 3 liter setiap hari, adalah jumlah yang sememangnya digalakkan untuk mengekalkan cecair yang diperlukan oleh tubuh.

Bagaimanapun, pengambilan air masak ini harus sepadan dengan berat badan. Contohnya jika berat badan anda adalah 55 kilogram (atau 120 paun), anda hanya perlu mengambil kira-kira 2.4 liter air setiap hari.

Bagi kanak-kanak yang berat badan mereka sekitar 22.7 kilogram, 1 liter air sudah memadai.

Sekiranya kanak-kanak kurang minum air kosong atau sering mengelak kerana rasanya yang tawar, mereka akan berisiko untuk jatuh sakit.

Tetapi, tabiat minum air kosong secara berlebihan adalah kurang normal dan mungkin petanda mereka mungkin terdedah pada masalah kesihatan seperti berikut:

1. Penyakit kencing manis

Kanak-kanak yang menghidap masalah diabetes akan sentiasa berasa dahaga dan membuatkan mereka sering mendapatkan air putih.

Keadaan ini mungkin terjadi kerana ibu disahkan kencing manis ketika mengandung dan lazimnya akan diwarisi oleh anak yang dikandung itu.

2. Gejala anemia

Foto: Health

Anemia adalah keadaan apabila seseorang kekurangan jumlah sel darah merah atau paras haemoglobin di dalam darah.

Apabila seseorang itu menghidap penyakit berkenaan, darah dalam tubuhnya tidak mampu membekalkan oksigen yang diperlukan dengan baik.

Masalah anemia boleh terjadi pada orang dewasa dan anak kecil. Hal ini kerana tubuh yang memiliki sel darah merah yang sedikit akan membuatkan seseorang itu sering berasa haus.

3. Kesan ubat yang diambil

Kanak-kanak lebih terdedah pada risiko mendapat kesan toksik dan kesan sampingan ubat jika berlaku kesilapan dalam memberikan dos ubat.

Bukan itu sahaja, pengambilan ubat tertentu turut menyebabkan kanak-kanak mudah berasa dahaga dan tekak mungkin menjadi tidak selesa.

4. Dehidrasi

Foto: Health

Kanak-kanak yang mengalami gejala dehidrasi akan menyebabkan mereka berkeinginan untuk minum air kosong dalam kuantiti yang banyak.

Keadaan ini sebenarnya tidak baik untuk kesihatan mereka kerana tubuh terpaksa menerima banyak cecair secara berlebihan yang mungkin membuatkan sel-sel menjadi pecah.

Semoga bermanfaat!