Resensi Wanita Kontemporari
advertisement
Utama > Featured

Banyakkan Istighfar Dan Maafkan Semua Yang Menyakiti Hati Love – Pesan Ibu Buat Neelofa

2 years ago
Yanie Baharom

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Meski hancur hati dengan cara dunia maya menghakimi anak perempuan kesayangannya yang dilemparkan dengan pelbagai tohmahan oleh netizen, Datin Noor Kartini Noor Mohamed, 52, tidak sedikitpun melatah atau berasa rebah dengan keadaan itu.

Malah, pemilik sepasang mata coklat hijau yang juga  ibu kepada mogul seni dan fesyen tempatan, siapa lagi kalau bukan, Noor Neelofa Mohd Nor (Lofa), kekuatan dan sikap kebal anaknya itulah yang membuat beliau juga seluruh keluarganya berdiri teguh di belakang Lofa.

“Kalau ikutkan hati, siapa yang tidak marah bila orang kecam anak kita. Sedangkan mereka tidak kenal buruk, baik, hati budi anak kita. Mereka tidak kenal Lofa sama sekali.

Foto Kredit : Instagram Neelofa @neelofa

“Tetapi Lofa anak yang kuat! Dia tidak pernah rebah atau melatah dek cacian orang malah sentiasa tenang dan musahabah diri. Sabarnya cukup tinggi. Hatinya hati besi,” ujar Kartini mengulas tentang anak ketiga daripada sembilan beradik itu.

Kartini menambah, dia bersyukur kerana seluruh ahli keluarga sentiasa menyokong antara satu dengan lain dan apa-apa saja yang menimpa Neelofa, mereka postif memberikan sokongan moral.

“Apabila anak saya dihambat kontroversi khususnya Lofa kerana satu-satunya dia yang terbabit dalam bidang seni yang penuh cabaran, saya biasanya akan minta dia berbanyakkan istighfar.

Foto Kredit : Instagram Neelofa @neelofa

“Saya selalu cakap, Love istighfar banyak-banyak dan jangan lupa sebelum tidur setiap hari maafkan sesiapapun yang melukakan hati Love. Supaya hari-hari seterusnya hati kita berasa tenang.

“Biarlah apapun orang hendak bercakap tentang kita. Yang penting keluarga sentiasa di belakang Love.

“Saya bukan nak puji anak sendiri tapi Lofa selalu tenangkan saya,  i’ll be fine ma…, Love dah maafkan mereka semua,” kata Kartini ditemui sewaktu menemani Neelofa di majlis Pertunjukan Fesyen Zalora Raya 2018, di Menara KEN, Taman Tun Dr. Ismail.

Foto Kredit : Instagram Neelofa @neelofa

Bagi Neelofa pula, kontroversi yang berlaku baru-baru ini benar-benar memercikkan warna baharu dalam kanvas hidup Neelofa. Ibarat hujan membasahi bumi, begitu rahmat yang tersirat di sebalik yang terjadi.

Foto Kredit : Instagram Neelofa @neelofa

advertisement
advertisement