Berus solekan bebas bakteria dengan dua teknik cucian ini, mudah & berkesan!


Penggunaan berus solekan dalam menata rias wajah amat penting bahkan ia dianggap sebagai item ajaib kerana mampu menghasilkan solekan yang cantik dan kemas.

Bagaimanapun, penjagaan yang rapi diperlukan kerana jika berus solekan tidak dicuci, ia bukan sahaja boleh merosakkan bulu berus, malah akan menyebabkan bakteria merebak sekali gus mengakibatkan muka berjerawat!

Sehubungan itu, amat penting untuk mencuci berus sekurang-kurang seminggu sekali atau bergantung kepada kekerapan penggunaan berus tersebut.

cara cuci berus solekan Kredit gambar: Deitaeish

Kini, terdapat pelbagai cecair pencuci khas berus solekan yang dijual di pasaran. Namun begitu, jika ingin lebih jimat, ada bahan di rumah yang boleh anda gunakan untuk mencuci berus solekan.

Hijab & Heels kongsikan video cara mencuci berus solekan yang menggunakan dua bahan berbeza dan kaedahnya sangat mudah serta berkesan. Semoga bermanfaat!  

Sebagai info tambahan, anda juga boleh menggunakan sabun mandian bayi sahaja, namun begitu penambahan bahan lain mempunyai fungsi yang berbeza. Penggunaan cuka mampu membantu membunuh bakteria manakala minyak zaitun mampu melembutkan berus solekan.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak Perlu Beli Pencuci Khas Untuk Berus Make Up Anda! Hanya Guna Tiga Bahan Ini