{
}

Bilakah waktu sesuai untuk minum teh hijau?


Oleh Ainur Nadhirah Bahrom Shah

Ramai mengetahui khasiat yang ada pada teh hijau. Ia mempunyai kandungan antioksidan yang tinggi yang mampu membakar lemak dalam badan, mencegah bau mulut dan anti-penuaan. 

Adakah anda mengamalkan minum teh hijau dengan cara yang betul? Jika tidak, khasiat teh hijau tidak dapat dimanfaatkan sepenuhnya. Akan tetapi minum teh hijau secara berlebihan boleh menyebabkan keracunan atau masalah kepada hati. Oleh itu, dua hingga tiga cawan sehari sudah mencukupi.

Foto: republika.co.id

Pengambilan teh hijau pada waktu pagi ketika perut kosong perlu dielakkan. Ini kerana ia boleh menyebabkan dehidrasi dan adanya asid gastrik. Oleh itu, waktu yang sesuai untuk minum teh hijau adalah: 

Selepas makan 

Foto: kumparan.com

Dengan meminum teh hijau selepas makan ia memberi manfaat seperti melancarkan proses pencernaan. Anda juga boleh menambah perahan lemon untuk kesan yang maksimum. 

Akan tetapi, ramai juga yang meminum teh hijau sejurus selepas makan. Ia boleh menyebabkan gangguan pada penyerapan nutrien. Oleh itu, teh hijau seeloknya diminum 30 hingga 40 minit selepas makan. 

Sebelum tidur

Teh hijau perlu diminum dua jam sebelum tidur. Ini kerana teh hijau  bukanlah minuman yang sesuai untuk anda minum sebelum tidur. Ia mengandungi kafein yang boleh menganggu tidur dan mendorong anda untuk ke tandas dengan lebih kerap. 

Jika meminum dua jam sebelum tidur, ia akan membantu dalam proses pembakaran lemak ketika tidur malah tidak menghalang daripada mendapatkan tidur yang lena. 

Sebelum bersukan  

Foto: okesultra.com

Minum teh hijau sebelum bersukan dapat membantu dalam membakar lemak. Ini kerana kandungan kafein yang ada dalam teh dapat membantu meningkatkan stamina ketika bersukan. 

Jadi, jika ingin mendapakan manfaat teh hijau untuk tubuh badan, pastikan anda menikmatinya pada masa dan ketika yang sesuai agar badan dapat menyerap setiap kebaikan dibekalkan teh berkenaan.