Meskipun penularan wabak COVID-19 gelombang kedua yang menyaksikan bilangan pesakit dijangkiti terus meningkat termasuk di Malaysia, masih ramai yang kurang pasti gejala sebenar menunjukkan seseorang itu mungkin dijangkiti.

Apa yang umum tahu, seseorang yang dijangkiti wabak ini akan mengalami gejala seperti demam, sesak nafas, batuk, sakit tekak, sakit sendi dan cirit-birit.

Tetapi ramai yang tidak sedar, bahawa perubahan fizikal mereka yang dijangkiti berlaku secara berperingkat dan disebabkan itu ramai yang menyangka mereka mungkin menghidap batuk dan demam biasa pada peringkat awal.

Keadaan pesakit pada hari pertama hingga kelima, hanya mengalami demam biasa, sakit tekak, suara serak, badan lemah dan sendi terasa sakit.

Bagi memastikan pembaca benar-benar faham mengenai gejala ini, Hijab & Heels kongsikan infografik Agensi Anti Dadah kebangsaan (AADK) Perak yang memberi panduan berbentuk carta yang mudah difahami bagi mengenal pasti gejala COVID-19 berdasarkan hari.

Carta ini dibuat berdasarkan info lengkap yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan dan daripada perkongsian AADK Perak ini anda boleh membuat pemeriksaan ke atas diri sendiri dan ahli keluarga.

Foto: Facebook AADK Perak

Foto: Facebook AADK Perak

Foto: Facebook AADK Perak

Jika ahli keluarga anda terdapat tanda-tanda ini segera rujuk ke hospital berdekatan untuk buat ujian saringan COVID-19.