Cara mudah untuk kira tarikh jangkaan anda bersalin


Cahaya mata atau zuriat ialah hadiah istimewa yang dikurniaan oleh Tuhan kepada ramai pasangan suami isteri.

Jadi memang seronoklah jika anda mendapat tahu yang anda sedang mengandungkan anak sendiri! 

Anda juga pasti tertanya-tanya bila anda akan menyambut kelahirannya, bukan? Sebenarnya anda boleh mengira sendiri tarikh jangkaan bersalin anda!

Proses kehamilan bagi seseorang wanita itu biasanya berlangsung selama 280 hari ataupun 40 minggu. Ia bermula pada hari pertama bagi haid terakhirnya sebagai hari pertama kehamilan berkenaan.

Tarikh jangkaan bersalin boleh dikira dengan langkah-langkah berikut:

  1. Pastikan bilakah hari pertama haid terakhir anda.
  2. Tolak tiga bulan daripada tarikh itu.
  3. Kemudian, tambah setahun dan tujuh hari kepada tarikh akhir tadi.

Contoh:

Tempoh haid terakhir anda bermula pada 9 September, 2018. Setelah ditolakkan sebanyak tiga bulan, tarikhnya menjadi 9 Jun, 2018.

Tambah pula dengan setahun dan tujuh hari, akhirnya tarikh jangkaan bersalin anda ialah 16 Jun, 2019.

Senang untuk faham, kan?

Untuk memudahkan anda, rujuk sahaja gambar rajah di bawah:

  1. Cari tarikh hari pertama haid terakhir anda (tulisan hitam).
  2. Kemudian, lihat tarikh di bawahnya. Itulah tarikh jangkaan bersalin anda (tulisan biru).

Sudah dapat jawapannya?

Cara pengiraan ini dipanggil Peraturan Naegele dan ia adalah berdasarkan kitaran haid selama 28 hari.

Disebabkan itu, tarikh akhir yang dikira perlu diubah mengikut kitaran haid yang lebih panjang atau pendek.

Tetapi walaupun pengubahsuaian ini dibuat, kurang daripada 10 peratus  wanita akhirnya bersalin pada tarikh yang mereka jangka.

Jangan risau, kelahiran yang berlaku dua minggu sebelum atau sebelum tarikh jangkaan anda masih dianggap normal.

Sumber: Stanford Children's Health