{
}

Cara yang kreatif untuk anda memasak kubis bunga


Oleh Ainur Nadhirah Bahrom Shah

Kubis bunga mempunyai pelbagai khasiat yang baik untuk kesihatan anda. Ia seakan-akan brokoli tetapi dengan warna yang berlainan. Kubis bunga adalah sumber vitamin C yang dapat membantu menguatkan sistem ketahanan badan.

Selain itu, kubis bunga juga mengandungi vitamin K. Apabila kubis bunga dimakan secara teratur ia dapat memastikan perjalanan darah lancar yang akan membantu pembuluh darah dan menjaga tahap kolestrol. Dengan itu, risiko strok bagi pesakit jantung dapat dikurangkan. 

Kandungan serat yang tinggi dalam kubis bunga juga dapat membantu meningkatkan kesihatan usus dan mengurangkan risiko penyakit kanser.

Akan tetapi ramai juga yang tidak meminati kubis bunga kerana beranggapan ia tidak sedap. Sekarang tidak lagi! Ini antara idea yang boleh anda cuba untuk memasak kubis bunga. 

1. Dengan cara panggang 

Foto: fimela.com

Menggoreng dan menumis adalah kaedah biasa untuk memasak kubis bunga,  apa kata anda cuba cara ini, iaitu memanggang.

Ia amat mudah untuk disedakan, iaitu dengan cara perap kubis bunga dengan campuran rempah ratus, garam, sirap mapel dan sedikit minyak. Lalu, ratakan ke seluruh kubis bunga dan panggang! 

2. Dijadikan sebagai hash brown

Foto: myfoodandfamily.com

Jika anda sedang diet dengan karbohidrat yang rendah, anda boleh cuba memasak kubis bunga dengan cara ini. Ia boleh dijadikan sebagai sarapan mahupun kudapan di waktu petang. 

Dengan hanya tiga bahan, anda mampu membuat hash brown ini dengan hanya memerlukan kubis bunga yang diparut, keju, telur dan rempah-ratus. Lalu bentukkan ia ikut citarasa anda! Anda juga boleh menyimpannya di dalam peti sejuk dan panaskan pada keesokan hari sejurus sebelum dimakan.

3. Dijadikan sebagai stik  

Apabila disebut stik, anda pasti beranggapan bahawa ia adalah daging. Berlainan pula dengan kubis bunga yang dijadikan stik. Ia boleh dijadikan sebagai hidangan utama atau hidangan sampingan yang pasti akan membangkitkan selera anda! 

4. Kubis bunga dijadikan nasi 

Foto: beritagar.id

Pernahkah anda mendengar kubis bunga sebagai pengganti nasi? Ia mungkin kedengaran pelik kerana kubis bunga merupakan sayur dan bukannya nasi. Akan tetapi ia akan membuatkan anda berasa kenyang seperti memakan nasi.