Meskipun tersembunyi di sebalik pakaian, coli mempunyai fungsi paling penting kerana coli yang baik akan memberikan sokongan yang baik kepada payudara dan memastikan kebersihan serta perlindungan pada bahagian berkenaan.

Memahami keperluan itu, Triumph yang terkenal sejak dulu lagi sebagai pengeluar baju dalam khusus untuk wanita sentiasa melalukan inovasi bagi keselesaan si pemakai.

Terbaharu, jenama sinonim dengan wanita itu memperkenalkan himpunan baharu dengan inovasi terkini, Everyday Summer. Direka menggunakan LYCRA® FitSenseTM, coli ringan dan tidak kelihatan di sebalik pakaian ini menawarkan sokongan yang disasarkan.

Himpunan Triumph Everyday Summer yang llebih ringan dengan struktur menarik. (Gambar Triumph)

 

Teknologi LYCRA® FitSenseTM yang digunakan dalam bentuk cecair dan cetak saring ke atas fabrik jaring dan sangat ringan untuk memberi gaya serta fungsi yang diperlukan pada bahagian atas tubuh wanita.

Coli itu menyediakan zon tepat sokongan pada mangkuk dan kawasan sayap yang direka untuk keselesaan maksimum serta licin tanpa kesan.

Diinspirasikan oleh aliran keselesaan dan permintaan untuk coli dengan jahitan kurang berstruktur serta lebih versatil, Everyday Summer mempunyai mangkuk busa memori menjadikan ia coli yang ideal untuk cuaca panas seperti di Malaysia.

Lebih-lebih lagi Everyday Summer dihasilkan dengan kemasan yang licin dan menyokong, justeru sempurna untuk dipakai bersama kemeja-T atau gaun musim panas.

Rekaan coli terbaharu Triumph ini dihasilkan berdasarkan inovasi dalam penghasilan material yang lebih ringan.  (Gambar Triumph)

Coli dihias dan bergaya ini didapati dalam versi dawai sokongan penuh atau tidak berdawai dan didatangkan dalam dua pilihan warna hitam atau merah jambu muda. Padankan dengan celana pendek hipster untuk melengkapkan penampilan.

Koleksi baharu Everyday Summer akan berada di cawangan dan kedai atas talian di https://my.triumph.com/collections/everyday-summer pada harga bermula daripada RM229 (coli) dan  RM79.90 hingga RM89.90 (seluar dalam).