Kemas kini di portal rasmi Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan 212 kes baharu dicatatkan pada hari keenam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, menjadikan sebanyak 1,518 jumlah kes jangkitan virus COVID-19 secara keseluruhan dan 14 kematian setakat jam 5.00 petang, Isnin.

Menerusi PKP yang dilaksanakan sejak 18 Mac lalu, pelbagai inisiatif diambil oleh Kerajaan untuk mengekang penularan wabak berkenaan termasuk arahan supaya mengamalkan jarak sosial dan duduk di rumah.

Selain itu, penetapan peraturan hanya ketua keluarga atau seorang wakil isi rumah sahaja dibenarkan keluar membeli barangan keperluan harian khususnya makanan sepanjang tempoh PKP juga dilihat sebagai langkah pencegahan terbaik.

Langkah berkenaan bagi memastikan keselamatan diri, keluarga dan semua pihak terpelihara daripada COVID-19, namun harus diingat apabila berada di luar, sesiapa sahaja berisiko untuk terdedah kepada virus berkenaan.

langkah selepas pulang beli barangan keperluan KKM

Kredit gambar: Facebook Public Health Malaysia

Hal ini kerana terdapat juga penyebar senyap yang mungkin tidak tahu mereka sudah dijangkiti COVID-19 memandangkan gejala yang dikaitkan dengan COVID-19 lazimnya hanya akan muncul pada hari ke-14.

Sehubungan itu, sebaik-baiknya masyarakat mengamalkan nasihat strategi kesihatan awam seperti yang dikongsikan Facebook Public Health Malaysia dengan melakukan prosedur khusus jika keluar pergi membeli barangan keperluan.

Berikut adalah langkah yang perlu dilakukan selepas anda bersesak di tempat awam untuk membeli makanan atau barangan keperluan:

langkah selepas pulang beli barangan keperluan KKM

Kredit gambar: Facebook Public Health Malaysia

1. Tanggalkan topeng muka, masukkan ke dalam plastik dan buang ke tong sampah.
2. Elakkan menyentuh, memeluk anak dan ahli keluarga sejurus pulang dari kedai makan, pasar raya dan sebagainya.
3. Pergi ke tandas, buka pakaian dan rendam di dalam air sabun.
4. Mandi dengan sabun dan bersihkan muka, tangan serta seluruh tubuh.

Percayalah, dengan langkah dan tindakan yang dilakukan, kita bukan sahaja dapat melindungi diri sendiri, malah keluarga dan orang yang kita sayangi.

Jadi sama-samalah kita berganding bahu membantu negara untuk mengekang penularan wabak COVID-19.