Dalam menangani isu COVID-19 ini, ada antara kita yang seakan hilang semangat dan tertanya-tanya untuk berapa lama lagi kita akan bertahan dalam keadaan ini.

Enggan melihat rakyat Malaysia dan dunia dibelenggu keresahan, penyanyi dan usahawan, Nourul Depp, mengambil inisiatif dengan mengumpulkan barisan penyanyi hebat tempatan dalam satu projek video, Gemilang.

Foto: Instagram Rizman Blackpepper Productions

Foto: NSTP

Foto: Instagram Yuna

Gemilang yang dimuatkan dalam album Ella USA nyanyian asal Ratu Rock Ella, adalah karya yang mampu memberi semangat apabila didendangkan. 

Gemilang versi banteras COVID-19 ini, dinyanyikan semula oleh Ella sendiri, Datuk Seri Siti Nurhaliza, Yuna, Ning Baizura, Adibah Nor, kumpulan Floor 88, Daphne Iking dan ramai lagi.

“Video istimewa gabungan daripada semua yang istimewa. Buat semua rakyat Malaysia dan dunia,” tulis Nourul menerusi perkongsian IGTV Instagram miliknya.

Lebih istimewa apabila Nourul turut menampilkan video petugas hospital sebagai simbolik penghargaan kepada mereka yang kini sedang bertungkus lumus untuk menyelamatkan pesakit virus Covid- 19.

Tahniah Hijab & Heels ucapkan kepada Nourul dan semua yang terbabit kerana sudi melakukan inisiatif ini untuk mengembalikan  semangat rakyat ketika menghadapi situasi yang menggugat kesejahteraan dunia ketika ini.