Bukan ibu bapa tidak tahu akan keburukan pengambilan makanan ringan atau istilah popularnya, jajan.

Tetapi kerana terlalu ikut dan turutkan kehendak anak, ada yang sanggup pejam mata walaupun tahu ia memberi keburukan pada kesihatan si kecil.

Pengambilan jajan yang berlebihan bukan sahaja mendorong pada punca obesiti, malah senario lebih parah menyebabkan kanser.

Kenapa kita harus elak makanan ringan ini? Ikuti perkongsian daripada pakar neuropsikiatri, Dr Rizal Abu Bakar yang hampir tiga dekad menabur bakti dalam dunia psikiatri.

Dr Rizal menunjukkan hasil imbasan otak seorang pesakitnya, Jay yang berusia 19 tahun.

Dia menunjukkan bahagian Hippocampus yang juga pusat memori manusia. Anehnya hippocampus Jay lebih kecil saiznya.

Keadaan itu berpunca daripada sikap Jay yang suka mengambil makanan ringan. jajan mengandungi bermacam bahan kimia, semuanya menghakis dan merosakkan otak.

Bagaimana mahu belajar apabila pusat memori semakin mengecil? Bagaimana dapat jadi pintar terdidik apabila otak diracun jajan setiap hari?

Meskipun penerangannya ringkas, tapi jelaskan? Jadi ibu bapa, anda pasti tahu tindakan yang perlu anda lakukan!