{
}

Dituduh menunjuk-nunjuk kekayaan, Kylie Jenner padam foto kereta mewahnya


Dinobatkan sebagai billionaire termuda dalam sejarah Mac lalu, Kylie Jenner, 22, sering dicemburui ramai disebabkan hartanya yang melimpah-ruah.

Sesiapa sahaja mengetahui mengenai kekayaannya memandangkan pemilik empayar barangan kecantikan ini sering menayangkannya di laman Instagram miliknya.

Antara harta mewahnya adalah koleksi keretanya yang sebelum ini merangkumi dua Range Rover, sebuah Rolls-Royce, sebuah Ferrari, sebuah Porsche dan sebuah Lamborghini.

Baru-baru ini pula, Kylie membeli satu lagi kereta mewah iaitu Buggati Chiron yang bernilai RM12.6 juta. 

Contoh model kereta Bugatti Chiron yang Kylie beli. Sumber: Bugatti

Ia adalah kereta terpantas dan paling kuat dalam sejarah pengeluaran Buggati. Ia dilengkapi dengan enjin 1,500 kuasa kuda manakala kelajuan maksimanya boleh mencecah 420 km/jam. Hebat!

Bagaimanapun, setelah memuat naik video yang menampilkan kenderaan berkenaan di Instagram, Kylie dihantui oleh kritikan. Pengikutnya mempertikaikan pembeliannya yang mewah ini sedangkan ramai orang di dunia ini dilanda masalah kebuluran dan kemiskinan.

Menurut The Blast, ada individu menulis, "Mengapa sesetengah orang beli kereta lebih banyak daripada yang mereka perlukan sementara ada orang di luar sana yang tidak mampu untuk mencari rezeki!"

“Saya tahulah itu wang anda dan anda memang berhak tetapi mengapa anda tidak membuat kebajikan dengannya, saya tidak faham. Wang yang anda belanjakan ini boleh menyuap mulut sekurang-kurangnya satu kampung selama setahun.”

Ada komen-komen yang berbaur sinis: “Oh wow sebuah lagi kereta baharu! Padahal ada sesetengah orang yang berhempas-pulas demi sesuap nasi. Saya memang gembira (untuk Kylie) tetapi bila agaknya dia akan rasa puas?”

Setelah ada terlalu banyak komen negatif yang ditinggalkan oleh pengguna Instagram, Kylie memadam terus video berkenaan. Bagaimanapun, video ini sempat dimuat naik ke beberapa saluran YouTube oleh orang awam.

Berikut adalah video Kylie yang telah dipadamkan dan dimuat naik semula di akaun lain.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Shop: www.slaynetwork.co.uk (@theslaynetwork) on

Apa pendapat anda? Salahkah tindakan Kylie apabila beliau menunjuk-nunjukkan hartanya?