Dua minggu duduk di rumah sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan boleh mati kutu dibuatnya lebih-lebih lagi memikirkan menu apa yang mahu dimasak setiap hari.

Personaliti media sosial popular, Khairul Aming berkongsi satu resipi mudah untuk dicuba sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan iaitu spageti sardin.

Khairul Aming yang memiliki 2.2 juta pengikut di laman Instagram sangat popular dengan keletah lucunya berkongsi resipi masakan dalam lenggok yang bersahaja dan santai.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Khairulaming (@khairulaming) on

Menerusi video resipi berdurasi satu minit itu, pemuda yang kian popular itu sempat menasihati pengikutnya agar belajar memasak, duduk di rumah dan sentiasa mencuci tangan sepanjang tempoh larangan pergerakan dilaksanakan.

Sehingga kini, perkongsian resipi itu telah menerima lebih satu juta tontonan. Alang-alang stok sardin pun banyak di rumah, jom lihat resipi dan cara penyediaan spageti sardin.

Bahan yang diperlukan:

1/2 biji bawang Holland
2 ulas bawang putih
1 sudu cili giling / cili boh / cili kisar
1 tin kecil sardin
1 sudu kicap manis
Cili padi
Garam
1/2 paket pasta angel hair

Cara penyediaan:

1. Didihkan air, masukkan sedikit garam dan rebus spageti. Tos spageti dan simpan sedikit air rebusan.
2. Tumis bawang Holland dan bawang putih sehingga naik bau.
3. Seterusnya, tumiskan cili boh dan masukkan sardin.
4. Kemudian masukkan kicap manis dan cili padi.
5. Jika ramuan kering, masukkan sedikit air rebusan spageti tadi.
6. Seterusnya, masuk spageti dan gaul.
7. Akhir sekali, masukkan garam secukup rasa dan siap.

Selamat mencuba!