{
}

Foto baharu anak Putera Harry & Meghan Markle buktikan dia seiras bapanya


Cahaya mata putera Britain, Harry dan isterinya Meghan Markle, Archie Harrison Mountbatten-Windsor, akhirnya membuat penampilan awam buat pertama kalinya dan perihal ini membuatkan ramai makin tertawan dengan kecomelan putera sulung pasangan berkenaan!

Dan persoalan yang timbul sebelum ini mengenai sama ada si comel ini mewarisi atau tidak rambut merah ayahnya sedikit sebanyak sudah pun terjawab.

Pada awal minggu ini, Putera Harry dan Meghan memulakan siri jelajah diraja mereka di rantau Afrika. Archie yang kini berusia empat bulan pun ikut sekali.

Gambar-gambar ketika keluarga ini menemui Archbishop Desmond Tutu menunjukkan betapa miripnya si kecil ini dengan Harry.

Ini kali pertama mereka yang mengikuti perkembangan keluarga diraja Britain dapat melihat rambut Archie. Di dalam gambar di bawah, rambut Archie kelihatan berwarna kemerahan, sama seperti rambut Harry.

Sumber: Toby Melivlle/Getty Images

Hal ini pasti menggembirakan sesetengah pihak yang menjangkakan bahawa Archie akan mewarisi rambut ayahnya.

Tetapi kita belum boleh memastikannya dengan sahih kerana dalam pencahayaan lain, rambut Archie kelihatan lebih gelap, seakan-akan sama seperti rambut ibunya. Cuba perhatikan, ya atau tidak?

Sumber: Toby Melivlle/Getty Images

Apa-apa pun, bahagian mata pula, Archie mewarisi mata ibunya yang berwarna coklat. Mata Harry pula berwarna biru kehijauan.

Sumber: Toby Melivlle/Getty Images

Hanya masa dan lebih banyak penampilan diraja akan menunjukkan apa lagi yang Archie warisi daripada ibu bapanya yang terkenal ini.

Selain itu, persamaan di antara Archie dan bapanya boleh dilihat menerusi pakaiannya pada hari berkenaan. Archie memakai sepasang dungaree berjalur daripada H&M. 

Sumber: Toby Melville/Pool/Samir Hussein/WireImage

Ia serupa seperti pakaian yang dipakai oleh Harry pada tahun 1986, cuma berbeza pada warna sahaja.

Sumber: Tim Graham Photo Library/ Getty Images

Di majlis pertemuan dengan Desmond juga, Archie nampaknya sangat seronok. Momen ini mengingatkan kita kepada gambar Harry dan abangnya, William ketika kecil. Serupa kan?

Sumber: Henk Kruger/ Getty Images
Sumber: Tim Graham Photo Library/ Getty Images

Kenyataannya, apa sahaja berita mahupun gambar mengenai si kecil ini sememangnya ditunggu-tunggu oleh khalayak. Semoga Archie akan kekal comel sampai bila-bila!