Pelakon cantik, Izara Aishah yang sedang hamil tujuh bulan dijangka bakal menimang cahaya mata perempuan, April depan.

Berita gembira itu dikongsi penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menerusi hantaran dalam laman Instagram miliknya, semalam.

Perkongsian itu secara tidak langsung turut mengumumkan jantina anak Izara dan suaminya, Adib Khalid yang sebelum ini tidak pernah dimaklumkan kepada umum. 

Menerusi hantaran yang sama, Siti turut meminta pengikutnya untuk mendoakan kesejahteraan Izara dan anak dalam kandungan.

“Alhamdulillah, semua doakan agar dipermudahkan proses bersalin dan ‘baby girl’ sihat walafiat,” tulis pelantun lagu Anta Permana itu.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Alhamdullillah, semua doakan agar di permudahkan proses bersalin nanti & baby girl sihat walafiat .. #izarababyshower

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk) on

Izara dan Adib baru-baru ini, mengadakan Majlis Baby Shower & Gender Reveal di The Majapahit Marc Residence KLCC. Selain Siti, majlis bertemakan warna hijau pudina dan emas itu turut dihadiri ahli keluarga serta rakan terdekat pasangan tersebut.

Turut kelihatan dalam gambar yang disiarkan sepanjang majlis itu ialah ibu Adib, Datin Seri Tengku Zawyah Tengku Izham yang tampil anggun mengenakan warna tema majlis.

Izara, 27, yang mendirikan rumah tangga dengan Adib pada 17 November 2017 mengumumkan dirinya hamil enam bulan pada 1 Januari lalu.

Jom lihat foto menarik sepanjang majlis baby shower pasangan itu.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Izara Aisyah Baby Shower & Gender Reveal Mint Green & Gold . . #izarababyshower #acpsbabyshower #babyshowermintgreen #AinaCoPartyNSuch #ACPSEvent Photo by : @aqoimran

A post shared by ACPS Event (@ainacopartynsuch) on