{
}

Gaya 90-an jadi inspirasi rekaan kasut 'streetwear' pertama Lacoste


Jalinan gaya retro dengan rekaan yang mengambil semangat fesyen jalanan yang menjadi trend dalam kalangan anak muda Malaysia kini jadi taruhan syarikat pakaian terkenal, Lacoste untuk mengeluarkan Court Slam, kasut streetwear terbaharunya.

Akan mula diperkenalkan pada acara sniker terbesar di Malaysia, Sneakerlah 2019, jenama yang berasal dari Perancis itu ternyata mengambil langkah berani dengan keluar daripada kebiasaan dalam menetapkan konsep produk kasut terbaharunya itu.

Kasut yang terhasil daripada inspirasi kasut sukan tenis ciptaan Lacoste iaitu Tennis 91. Foto: Lacoste Malaysia

Masih setia dengan gaya elegan yang sekian lama menjadi lambang jenama tersebut, rekaan sporti kasut Court Slam yang terinspirasi daripada model ikonik Tennis 91 itu  turut menggabungkan rekaan kontemporari berpandukan gaya hidup sniker masa  kini.

Di samping itu, aspek keselesaan juga tidak dilupakan dengan beberapa ciri rekaan yang pastinya menjanjikan kestabilan dan cengkaman yang lebih kukuh pada kaki pemilik kasut berkenaan:

-Penggunaan kulit pada bahagian luar kasut

-Penggunaan material sued untuk bahagian dalam kasut 

Lubang pada bahagian atas Court Slam menyuntik imej kasual dan sporti terhadap pemakai. Foto: Lacoste Malaysia

 Eksekutif Pemasaran Lacoste Malaysia dan Singapura, Jolyn Tan berkata, langkah syarikatnya dalam mengeluarkan kasut streetwear adalah bertepatan dengan budaya fesyen yang diamalkan oleh masyarakat pada waktu ini.

“Walaupun pasaran fesyen streetwear adalah satu pasaran yang kompetitif, namun syarikat kami melihat ianya sebagai satu peluang yang perlu digunakan dengan sebaiknya dalam usaha untuk melonjakkan jenama kami dalam kalangan jenama streetwear sedia ada.

“Dengan segala pengalaman dan sumber yang ada, kami yakin langkah baharu ini mampu menempatkan syarikat kami sebagai sebuah jenama yang menjadi pilihan utama dalam kalangan masyarakat Malaysia,” katanya  mengenai produk terbaharunya itu.

Kasut terbaharu keluaran Lacoste ini dicipta khas untuk memenuhi keperluan pengguna yang mahu bergaya dengan trend fesyen semasa. Foto: Lacoste Malaysia

Bagi yang berminat, Court Slam ditawarkan pada harga RM479 sepasang dan boleh didapati di butik Lacoste terpilih seluruh negara.