Tinggal dua hari sahaja lagi umat Islam bakal menyambut bulan Syawal. Tatkala ini pastinya ramai yang sibuk melakukan persiapan akhir untuk meraikan Aidilfitri.

Bagi wanita, selain mengemas rumah dan membuat persediaan bahan untuk memasak juadah Hari Raya, pemilihan busana untuk digayakan pada pagi raya juga menjadi antara perkara yang akan dilakukan menjelang Hari Raya.

Tidak dinafikan ada yang pening untuk memilih warna yang sesuai untuk dipadankan terutama bagi wanita yang memakai tudung. Silap memilih kombinasi warna yang sesuai boleh menjadikan penampilan seseorang itu nampak suram dan tidak menyerlah.

Seorang perunding imej, Mary menerusi laman blog puanmary.com berkongsi panduan padanan warna baju dan tudung raya yang sesuai agar penampilan di pagi raya lebih cantik, elegan dan berkeyakinan.

1. Baju merah + tudung warna jingga, kuning mustard, biru kobalt.

2. Baju biru langit + tudung warna taupe (campuran coklat jingga), biru kehijauan, merah manggis

3. Baju hijau celadon + tudung warna gangsa (bronze), merah jambu salmon, pic jingga

4. Baju coklat + tudung warna spring wood, biru casper, blueberi

5. Baju kuning mustard + tudung hijau emerald, merah cranberi, biru gelap navy

 

6. Baju putih winter + tudung kelabu gunmetal, biru cobalt, hijau asid

7. Baju hijau olive + tudung coklat bone, jingga, biru aqua

8. Baju ungu raisin + tudung coklat beige, jingga, emas

9. Baju biru sapphire + tudung hitam, kelabu eggshell, biru cobalt

10. Baju merah burgundy + tudung pic muda (soft peach), merah jambu puce, merah crown thorns

11. Baju ungu dusty + tudung ungu salt box, mystic, hijau schist

12. Baju biru provence + tudung merah jambu contessa, biru metalik, hijau celery

13. Baju kelabu monument + tudung kelabu aluminium, biru langit gelap, coklat burnished

14. Baju hijau turquoise + tudung hijau tradewind, biru william, ungu smoky violet

15. Baju biru baby blue + tudung ungu pigeon post, ungu spindle, biru powder

Kredit gambar: Puan Mary