Memiliki bentuk badan yang langsing dan menawan adalah idaman setiap wanita. Biarpun sudah berkahwin dan mempunyai anak, ia bukan penghalang untuk seseorang itu kelihatan kurus dan cantik.

Che’ Puan Khaleeda Bustamam adalah antara figura cantik yang dicemburui ramai kerana memiliki potongan badan menawan dan langsing persis anak dara biarpun sudah memiliki tiga cahaya mata.

kurus che puan khaleeda

Kredit gambar: Instagram YM Che Puan Khaleeda

Isteri Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim itu gemar melakukan senaman bagi mengekalkan kecergasan diri.

kurus che puan khaleeda tmj

Kredit gambar: Instagram YM Che Puan Khaleeda

Menerusi perkongsian video terbaharu di Instagramnya, Che’ Puan Khaleeda berkongsi rutin senaman yang dilakukannya iaitu QuaranTeam 500 Abs Challenge. Antara rutin yang dilakukan ialah bangkit tubi, side crunches, bicycle crunches, leg raises dan hip tap. Kesemua senaman itu dilakukan sebanyak 25 kali untuk empat set.

kurus che puan khaleeda

Kredit gambar: Instagram YM Che Puan Khaleeda

kurus che puan khaleeda

Kredit gambar: Instagram YM Che Puan Khaleeda

kurus che puan khaleeda

Kredit gambar: Instagram YM Che Puan Khaleeda

kurus che puan khaleeda

Kredit gambar: Instagram YM Che Puan Khaleeda

kurus che puan khaleeda

Kredit gambar: Instagram YM Che Puan Khaleeda

Senaman yang dilakukan itu bertujuan melatih otot-otot perut yang terdiri daripada bahagian perut hadapan dan perut sisi.

Senaman ini memerlukan pengawalan nafas yang baik bagi memberi kesan kepada bahagian perut dan jika dilakukan secara konsisten dengan rehat yang cukup, ia dapat membentuk otot perut dan seterusnya membuatkan potongan badan kelihatan langsing.

Jom sahut cabaran Che’ Puan Khaleeda dan lakukannya sepanjang fasa Perintah Kawalan Pergerakan yang dilaksanakan. Lihat video untuk mengikuti rutin senaman yang dilakukannya. Selamat bersenam!