{
}

Ingin tahu makanan kegemaran dan lokasi lepak Tunku Tun Aminah? Jom klik!


Kisah puteri berjiwa rakyat ini tular hingga ke pelusuk Asia Tenggara. Selain rupa parasnya yang menawan, Puteri Sultan Johor, Tunku Tun Aminah Sultan Ibrahim, juga diberi jolokan fashionista istana kerana sering tampil dengan gaya memukau.

Foto: smallnhot

Tentunya kebaikan Tunku Tun Aminah yang tidak kekok berdampingan dengan rakyat, juga perkara yang biasa disebut-sebut dan meniti di bibir rakyat Johor mahupun bagi sesiapa sahaja yang mengenali beliau.

Puteri tunggal Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Armahum Sultan Iskandar dan Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofia itu digambarkan sebagai seorang yang ringkas dan kurang selesa menjadi perhatian umum.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

LARIAN LAKSAMANA 2018 BERJAYA KUMPUL DANA LEBIH RM600 RIBU Dana sejumlah RM644,790 berjaya dikumpul sempena acara Larian Laksamana 2018 yang berlangsung dengan suasana warna-warni di Dataran Bandaraya Johor Bahru hari ini (28 Julai). Larian amal ini bertujuan mengumpul dana bagi membiayai rawatan pesakit kanser kurang berkemampuan serta menggalakkan masyarakat melibatkan diri dalam aktiviti gaya hidup sihat. Acara yang memasuki tahun kedua anjuran Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor (YKTLJ) disertai lebih 2,500 peserta membabitkan dua kategori iaitu Power Run (10 KM) dan Fun Run (5KM). Larian ini diserikan dengan penyertaan isteri DYAM Tunku Mahkota Johor, YM Che' Puan Khaleeda Binti Bustamam, YAM Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah Binti Sultan Ibrahim yang juga Penaung DiRaja larian bersama suami, Encik Dennis Muhammad Bin Abdullah dalam kategori Fun Run sejauh 5km. Acara dimulakan dengan aktiviti zumba-robik diikuti majlis flag-off oleh Tunku Tun Aminah bagi kategori Power Run (10 KM) pada pukul 7.50 pagi. Che' Puan Khaleeda dan Tunku Tun Aminah turut berkenan menyampaikan hadiah kepada para pemenang serta meluangkan masa merakam gambar bersama peserta. #theroyaljohor #royalpressoffice #johor

A post shared by The Royal Johor (@theroyaljohor) on

Pernah menuntut di Singapura, sejak beliau berusia 12 tahun lagi sehinggalah zaman remaja di Kolej La Salle, negara jiran itu bagai rumah kedua bagi Tunku Tun Aminah. Meskipun sudah lama meninggalkan alam pengajian, namun Tunku Tun Aminah sering menghabiskan hujung minggu di sana.

Kenapa Singapura? Bukan kerana Johor Bahru tidak menarik buat beliau, akan tetapi di Singapura, Tunku Tun Aminah dikatakan dapat menjalani kehidupan yang lebih privasi kerana faktor kurang 'dikenali' selain dapat menjadi diri sendiri termasuk menikmati sushi kegemarannya.

Foto: Berita Harian

Mungkin ramai hendak tahu, di manakah lokasi Tunku Tun Aminah sering melepak, bersiar-siar dan membeli-belah. Untung-untung mana tahu kalau-kalau terserempak dengan beliau, boleh minta bergambar!

Sudah tentu Puteri Johor yang manis dan peramah ini mempunyai pilihan beliau sendiri apabila bersantai di Singapura.

Satu kemestian beliau adalah mengunjungi restoran yang menyajikan pasta enak 'tomato based' atau salad.

Foto: Johor Southern Tigers

Jika berada di Singapura, Tunku Tun Aminah, biasanya akan mengunjungi restoran mewah yang menyediakan makanan Jepun yang lazat.

Bungkusan wajib dibawa pulang ke Johor, adalah Crab Cake dengan lebih sos dari Hotel Hyatt atau nasi ayam ChatterBox.

Mengakui beliau ialah seorang pencinta kopi, Tunku Tun Aminah, sangat teliti dalam bab pemilihan kopi kerana beliau dikatakan menggemari kopi yang berkualiti tinggi dengan rasa yang tulen.

Lokasi beliau menikmati kopi adalah di Coffee Bean di Paragon terletak di kawasan Robertson Quay kerana bukan sahaja penyediaan kawasan parkir yang mudah dan berdekatan pusat beli-belah, akan tetapi beliau memikirkan keselesaan pekerja menunaikan solat kerana ianya berdekatan dengan masjid.

Foto: Pinterest

Pusat beli-belah Takashimaya di Orchard Road adalah satu lagi lokasi yang dikatakan menjadi tumpuan puteri jelita itu kerana di situlah beliau melakukan aktiviti paling digemari wanita iaitu membeli-belah. Mungkin juga anda akan berpeluang terserempak dengannya sewaktu beliau berbelanja di butik Zara ataupun sewaktu beliau mencari lilin di Takashimaya untuk dibawa pulang.

Siapa sangka Puteri Sultan Johor ini sangat ringkas orangnya. Teh ais lemon adalah minuman pilihan beliau lebih-lebih lagi pada bulan Ramadan, malah beliau gemar mengambil makanan yang ringan sahaja untuk berbuka seperti dim sum atau makanan Jepun. Sekali-sekala bila terlalu teringin, beliau dikatakan gemar menikmati makanan mamak atau India.