Meskipun bulan Ramadan sudah memasuki tempoh dua per tiga, masih belum terlewat untuk anda menilai semula corak pemakanan yang anda amalkan. Mungkin penilaian ini akan memberi anda manfaat bukan sahaja untuk bulan Ramadan ini, malah dapat terus diamalkan jika ada dalam kalangan anda yang mahu menyambung amalan puasa enam pada bulan Syawal nanti.

Untuk pengetahuan anda, tidak semua makanan yang anda makan ketika berbuka puasa itu bagus untuk kesihatan. Nak tahu apa antara makanan yang perlu anda hindari ketika berbuka puasa? Jom kita semak!

1. Makanan bergoreng

Foto: Cerita Orang Kita

Makanan berminyak dan bergoreng seperti samosa, popiah dan sebagainya perlu dielakkan. Anda juga perlu mengelakkan makan menu kari yang berminyak agar tubuh sentiasa sihat pada bulan Ramadan.

2. Makanan atau minuman yang tinggi kandungan gulanya

Foto: Sriwijaya Post

Anda perlu elakkan kuih-muih atau minuman yang terlalu tinggi tahap gulanya. Bukan itu sahaja, elakkan juga makan gula-gula atau coklat pada waktu berbuka puasa.

3. Minuman berkarbonat

Foto: Era Baru

Pasti dalam kalangan anda suka minum air bergas pada waktu berbuka puasa, kan? Selepas ini, elakkan minuman bergas dan berkarbonat ini ya! Sebaliknya, minumlah air putih yang secukupnya.

Penulis harap, selepas ini anda akan elakkan untuk mengambil semua makanan di atas ketika berbuka puasa, okay? Tak elok untuk kesihatan badan!

Jangan ikutkan nafsu lapar, nanti ia memudaratkan kesihatan anda pula.

Sumber: Astro Awani