Selain wanita Korea, wanita Jepun juga tidak terkecuali memiliki kulit yang cantik, halus dan berseri. Kecantikan semula jadi mereka tanpa memerlukan solekan yang tebal ternyata dicemburui ramai.

Bagi anda di luar sana yang mendambakan kulit yang cantik, bersih dan berseri seperti wanita Jepun, pasti tertanya-tanya apakah rahsia di sebalik kecantikan wajah serta kulit sihat mereka.

Kredit gambar: Pinterest

Menurut portal Bright Side, rutin wanita Jepun yang mengamalkan mandi pada waktu petang adalah antara rahsia kulit mereka sihat dan lembut.

Selepas seharian penat bekerja, mereka akan pulang ke rumah dan berendam lama di bilik mandi. Pada waktu itulah mereka dapat merehatkan tubuh dan mental yang penat.

rahsia cantik wanita Jepun

Kredit gambar: A Different Side of Japan

Wanita Jepun akan berendam dalam air tidak melebihi suhu 40 darjah Celsius kerana dengan suhu itu, liang pori akan terbuka dan memudahkan mereka untuk membersihkan kotoran. Pada masa yang sama, suhu itu juga mampu memberi kelembapan pada kulit.

Bukan itu sahaja, wanita Jepun juga sentiasa berendam dalam mandian herba seperti teh hijau, minyak aroma atau bunga-bungaan untuk membersihkan tubuh dan kulit.

Kredit gambar: Masterfile

Masyarakat Jepun memang dikenali dengan sifat kuat bekerja yang pasti membuatkan wanita Jepun cepat letih, justeru mandi petang dapat membantu mereka untuk tidur dengan nyenyak dan selesa.

Seorang pakar dermatologi dari New York, Dr Bobby Buka, berkongsi mandi petang atau malam dapat menjadikan kulit lebih sihat dan berada pada tahap terbaik.

Kredit gambar: Pixels

Hal ini kerana mandi pada waktu itu dapat menanggalkan sebarang rangsangan pada permukaan kulit yang menyebabkan hormon tumbesaran dan hormon seks berada pada tahap puncak pada waktu malam.