Jika anda meminati K-Drama, artis K-Pop atau budaya Korea Selatan, anda pasti tahu mengenai gaya unik yang melibatkan pergerakan jari, tangan atau lengan yang dipopularkan oleh warga negara berkenaan.

Gaya ini sudahpun menjadi arah aliran yang meluas di persada antarabangsa kerana bukan sahaja ia mudah untuk diikuti, tetapi tampak comel.

Sebenarnya ada banyak cara untuk anda menghasilkan bentuk hati dengan menggunakan jari atau tangan.

Foto: Asiachan

Yang mana yang anda selalu guna? 

Memandangkan gaya yang menunjukkan lambang hati itu sentiasa berevolusi, pasti ada variasi yang baru tidak lama lagi.

Menurut warganet di Korea Selatan, gaya yang paling trendy sekarang dalam kalangan golongan muda berumur 20-an, adalah seperti dalam gambar di bawah.

Foto: Kpopmap

Anda sudah cuba? Gaya berkenaan memang tampak cantik, tetapi sedikit rumit untuk ditirui. Begitupun sekiranya sering dicuba, pasti anda akan terbiasa.

Wanita dalam gambar ini bernama Yebin dan beliau ialah ahli kumpulan K-Pop DIA. Peminatnya mendakwa beliaulah individu yang memulakan arah aliran ini.

Kumpulan berkenaan juga menggunakan pelbagai jenis gaya bentuk hati lain yang menjadi sebahagian daripada gerak tari untuk video muzik Will You Go Out With Me?.

Sumber: allkpop