Jika anda sedang merancang untuk ubah suai tandas atau kabinet dapur, antara peralatan yang perlu diberi perhatian ialah kepala paip yang akan menjadi titik tumpu kerana paling sering digunakan.

Antara kriteria yang perlu diambil kira apabila memilih kepala paip untuk sinki adalah bentuk, bahan dan kesesuaian dengan rekaan kabinet atau tandas.

Paling penting, pastikan pilihan anda itu tampak moden dan cantik, namun pastikan juga komponen yang digunakan mudah serta pelbagai guna.

Rekaan minimalis tetapi berfungsi daripada Kohler.

Bagi tujuan itu, jenama terkenal Kohler melancarkan himpunan baharu kepala paip yang memberi peluang kepada pengguna untuk memilih sendiri komponen yang bersesuaian dengan cita rasa pengguna.

Jika sebelum ini kebanyakan peralatan sinki datang dengan satu pakej lengkap, himpunan yang dinamakan Components itu memberi peluang kepada pengguna memilih sendiri komponen yang digemari, sekali gus memberikan sentuhan akhir yang unik kepada penggunanya.

Rekaan dihasilkan memudahkan pengguna.

Himpunan baharu itu mempunyai komponen pelbagai fungsi yang memudahkan kerja seharian dengan menawarkan rekaan moden dan berinovasi tinggi.

Antara ciri menarik himpunan kepala paip Components Kohler ini adalah kawalan tepat bagi pengaliran dan suhu air, pengendalian yang lebih lancar dengan pergerakan magnet dan lapisan berlamina yang memastikan pengaliran air secara organik.

Pengguna boleh menghasilkan reka bentuk khusus berdasarkan rekaan pilihan masing-masing hanya dengan mengikuti tiga langkah ini:

Pelbagai komponen untuk suai padan.

1. Pilih muncung paip (spout)

Pengguna boleh memilih muncung yang diminati untuk sinki dan mandian daripada model Row yang menampilkan gaya moden, Ribbon yang kelihatan seperti riben dan Tube yang berbentuk silinder.

2. Pilih pemegang

Komponen ini menawarkan pelbagai bentuk seperti Rocker, Oyl, Industrial dan Lever yang menampilkan rekaan kontemporari menggunakan bahan terbaik.

3. Pilih sentuhan akhir

Bagi sentuhan akhir, pengguna boleh menjadikan tandas tampak moden dan menarik dengan memilih bahan daripada Polished Chrome, Vibrant French Gold, Vibrant Rose Gold, Vibrant Titanium, Vibrant Modern Brushed Brass dan Matte Black.