Masih belum terlambat untuk anda shopping baju raya, yela lagi berapa hari sahaja lagi nak berhari raya kan. Pada para isteri dekat luar sana, janganlah anda shopping baju raya sendiri sahaja sampai lupa nak belikan untuk suami. Suami pun nak bergaya juga Syawal nanti!

Bagi anda yang masih mencari baju Melayu ataupun jubah untuk suami, anda bolehlah cuci mata ataupun beli sahaja daripada 2 jenama ini. Jom kita tengok rekaan mereka!

1. Jubah Lima Waktu 

Jenama ini pasti sudah anda tahu kerana dutanya adalah hero Malaya iaitu Aeril Zafrel. Koleksi jubah pada tahun ini menampilkan rona warna yang gelap tetapi kalau tengok model pakai memang cantik dan terletak pada badan. Kalau suami anda nak berjubah pada pagi raya bolehlah dapatkan koleksi mereka ini. Anda boleh membuat pembelian secara online di website limawaktu atau waze sahaja ke butik PenMerah, Bangi, Selangor.

2. Baju Melayu Elrah Exclusive

Didatangkan dengan 5 warna yang sangat cantik dan mementingkan kekemasan pada jahitan. Rekaan daripada jenama Elrah Exclusive ini memang sesuai untuk suami anda yang ingin tampil bergaya dan segak pada pagi Syawal. Anda boleh membuat pembelian dengan mengunjungi butiknya di alamat 1-21-01, Jalan Medan Bangi, Seksyen 9, 43650 Bangi, Selangor. 

Cepat-cepat buat pembelian anda sekarang, jangan nanti suami anda tak ada pula baju raya!

Kredit foto: Lima Waktu , Elrah Exclusive