Wanita sering menitikberatkan soal kecantikan wajah, namun terlupa untuk mengamalkan kebersihan dan penjagaan leher.

Bahagian leher jika diabaikan boleh menyebabkan kulit menjadi kusam dan berdaki. Leher berdaki memang memalukan dan mampu mengurangkan tahap keyakinan seseorang.

petua hilangkan leher hitam berdaki

Kredit gambar: Grid.ID

Daki boleh terkumpul apabila seseorang itu sering berpeluh dan terdedah pada habuk. Selain itu, wanita yang gemar bersolek dan memakai bedak asas pada bahagian leher juga berisiko mempunyai leher berdaki kerana tidak mencuci solekan dengan bersih pada bahagian berkenaan.

Kebanyakan wanita hamil juga boleh mengalami leher hitam kerana perubahan hormon kehamilan yang menyebabkan beberapa bahagian kulit menjadi gelap seolah berdaki.

Ketika hamil, penghasilan pigmen melanin di dalam tubuh cenderung meningkat, lalu mengakibatkan hormon Melanocyte Stimulating naik, sekali gus menjadi punca beberapa bahagian kulit menjadi hitam ketika hamil.

Selain mandi dan memberus daki dengan sabun, anda juga boleh amalkan dua petua semula jadi ini bagi menghilangkan kesan daki pada leher. Selamat mencuba!

1. Pupur betik

petua hilangkan leher hitam berdaki

Kredit gambar: Times of India

Hiriskan sepotong betik ke dalam mangkuk dan campurkan sedikit jus lemon. Kacau sehingga ramuan tersebut rata. Kemudian, sapukan pada kulit leher dan urut secara perlahan-lahan. Biarkan selama satu jam dan bilas dengan air bersih.

Anda boleh mengamalkan pupur betik ini sebanyak dua kali seminggu. Betik yang kaya dengan vitamin dan mineral mampu membantu mencerahkan kulit, menghilangkan noda hitam dan mencegah kulit kedut.

Lemon pula bagus untuk mencerahkan kulit dan kandungan vitamin C buah sitrus ini berupaya membantu melawan bakteria dan menanggalkan sel kulit mati.

2. Pupur timun

petua hilangkan leher hitam berdaki

Kredit gambar: Creations by Kara

Hiris timun dan kisar halus untuk mendapatkan ekstraknya. Kemudian tumbuk sedikit kunyit hidup dan campur kesemua bahan dengan perahan limau nipis. Gaul sekata dan sapu pupur di bahagian leher yang hitam.

Biarkan selama 30 minit dan bilas dengan air suam. Timun mengandungi antioksidan yang dapat membantu menanggalkan sel kulit mati dan merangsang pembentukan sel kulit baru. Kunyit pula dapat membantu mengurangkan sel kulit mati di samping dapat mencerahkan kulit.

Selamat mencuba.