Penularan wabak COVID-19 bukan sahaja menjejaskan ekonomi di kebanyakan negara, tetapi turut memberi kesan

kepada industri pelancongan di seluruh dunia.

Banyak keluarga terpaksa membatalkan percutian pada musim cuti sekolah ini, malah kebanyakan pusat peranginan turut menutup pintu berikutan arahan keraja

Semalam, Harian Metro melaporkan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri, turut mengumumkan pembatalan kempen Tahun Melawat Malaysia 2020 berikutan penularan wabak COVID-19.

Datuk Seri Nancy Shukri. Foto: Bernama.com.

Nancy berkata, bagi membantu inisiatif pergerakan terhad berikutan dengan impak penularan COVID-19 pusat penginapan dibenarkan beroperasi, namun dengan operasi minimum.

“Sejajar dengan kenyataan media oleh Majlis Keselamatan Negara, berhubung pengisytiharan Perintah Kawalan Pergerakan, kesemua premis penginapan pelancong dibenarkan untuk beroperasi secara minimum.

“Kesemua tetamu premis penginapan pelancongan perlu berada di dalam bilik penginapan mengikut tempoh kuarantin berkenaan dan tempahan sajian dibuat secara perkhidmatan ke bilik,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Sehubungan itu, bagi mengelak kerugian, rakyat di negara ini disaran merancang percutian selepas wabak ini berjaya dikawal.

Hijab & Heels ingin berkongsi tiga lokasi menarik untuk percutian dalam negara yang berhampiran dengan pusat bandar.

Rumah Melayu yang terletak di jalan Datuk Keramat, Kuala Lumpur menyediakan suasana selesa untuk percutian hujung minggu. Foto: booking.com.

Rumah Melayu

Rumah Melayu yang dibina dengan konsep moden itu kelihatan sangat mengujakan dengan dekorasi dan hiasan dalaman yang lunak mata memandang.

Bertempat di Jalan Datuk Keramat, Kuala Lumpur, Rumah Melayu itu berkonsep moden, namun tetap mengekalkan identiti Melayun dengan ciri kesederhanaan yang amat menarik seperti adanya buaian rotan, meja makan bulat berkerusi empat dan deretan pohon hijau menghiasi sudut di dalam kawasan rumah berkenaan.

Damail KL menyambut penghuni dengan konsep terbuka dan kehijauan. Foto: booking.com

Damai KL

Berlokasi tidak jauh dari denyut nadi Kuala Lumpur, iaitu KLCC, Damal KL menepati namanya, membekalkan damai yang nyaman kerana dilingkungi senario kehijauan dan menyediakan tempat rehat bersifat terbuka.

Damai KL juga menyediakan pengalaman mengasyikkan bagi penggemar barangan klasik seperti rekod lama, bidai pembahagi ruang dan perhiasan dinding yang menarik.

Maro House sesuai untuk golongan muda yang lazim bercuti gaya ‘backpack’. Foto: booking.com

Maro House

Boleh dikunjungi dengan menaiki kenderaan awam sahaja atau memandu sendiri ke lokasi penginapan berkonsepkan katil dan sarapan (Bed & Breakfast – BnB) yang terletak berhampiran Muzium Kesenian Islam itu.

Kedudukannya di tengah pusat bandar memudahkan sesiapa sahaja untuk memilih Maro House sebagai ruang percutian hujung minggu untuk melepaskan lelah bekerja sepanjang minggu.

Tiga lokasi percutian sekitar Kuala Lumpur ini boleh dikunjungi bila-bila masa sahaja, menarik untuk diterokai, tetapi pastikan sebagai rakyat Malaysia, patuhi Perintah Kawalan Pergerakan yang sedang berlangsung sehingga 31 Mac ini.