Parasite, mencatat sejarah dunia sebagai filem Asia pertama yang meraih kemenangan Filem Terbaik Oscar.

Lebih membanggakan, kemenangan filem garapan Boong John Ho itu sememangnya sudah dijangkakan berdasarkan reputasi cemerlang Parasite yang sebelum ini meraih penghargaan tertinggi di Festival Film Cannes Palme d’Or, Film Berbahasa Asing Terbaik di Golden Globes 2020, Outstanding Performance by a Cast in a Motion Picture di SAG Award, termasuk dua kemenangan di BAFTA Award.

Merangkul empat anugerah kesemuanya di Oscar, termasuk Sutradara Terbaik, Filem Antarabangsa Terbaik, Naskah Asli Terbaik  dan Filem Terbaik.

Pencalonan itu dibacakan oleh Keanu Reeves dan ibunya, di mana filem dari Korea Selatan berjudul “Parasite” mengejutkan penonton kerana membawa pulang trofi kemenangan.

Dengan itu, filem yang diarahkan oleh Bong Joon Ho berjaya menewaskan beberapa pesaing hebat seperti Marriage Story, Knives Out, 1917 hingga Once Upon a Time in Hollywood.

Semasa memberikan ucapan kemenangan, Bong Joon Ho sebagai pengarah meluahkan rasa sangat bangga dapat membawa nama Asia, terutama Korea Selatan, di kancah perfileman dunia.

“Terima kasih, inilah penghormatan terbesar,” kata Bong Joon Ho.

Berikut adalah ulasan bagaimana Parasite, sebuah filem yang diproduksikan oleh sutradara filem Korea meraih kejayaan gemilang sekali gus mencatat sejarah baharu di dunia perfileman.

Bagi yang sudah menonton Parasite, anda semestinya tahu bagaimana Bong menggarap kemas jalan cerita, membangun karakter dan suasana, hingga membuat penonton terpana. Di sebalik itu, ia juga membawa mesej yang kuat dalam penyampaian yang santai.

Parasite mengusung beberapa unsur. Pertama, Parasite mengusung tema yang membahas permasalahan kapitalisme yang dirasakan seluruh masyarakat termasuk rakyat Uncle Sam (Amerika Syarikat) sendiri.

Tema kapitalisme di dalam filem Parasite disampaikan dengan unsur komedi gelap yang mirip dengan filem buatan Amerika. Di mana pendekatan seperti ini mudah difahami baik ditonton perkarya filem mahupun penonton awam.

Foto: DAZED

“Olahan Bong Jon Hoo sangat menarik karena dia bermain di antara bahasa filem yang tidak terlalu arthouse, dalam erti kata lain ia tidak mengambil babak yang panjang dengan plot yang sedikit.

“Selain itu, pendekatan komedi gelap lazim di filem Hollywood, seperti karya Quentin dan Joel Coen and Ethan Coen menjadikannya mudah diterima penonton Amerika secara estetika,” ujar Luthfan Nur Rochman, salah seorang juri yang terlibat.

Parasite mengisahkan sebuah keluarga yang kekurangan dan bahkan harus tinggal di sebuah ruang bawah tanah sebuah pangsapuri yang kotor. Pekerjaan mereka setiap ari ialah  mengambil upah daripada melipat kotak pizza.

Atas bantuan seorang sahabat, Kim Ki Woo (Choi Woo Shik) memperoleh peluang menjadi guru peribadi kepada seorang anak daripada keluarga Park yang hartawan.

Di sinilah Kim Ki Woo berusaha untuk membawa masuk semua anggota keluarganya untuk bekerja di kediaman Park. Sehinggakan sanggup memalsukan ijazah dan siapa yang sangka segala helah mereka ini berakhir dengan tragedi.