{
}

Menu popular Kenny Rogers Roasters buat kemunculan semula


Oleh Muhammad Amnan Hibrahim

Bersempena dengan sambutan akhir tahun ini, Kenny Rogers Roasters memperkenalkan kembali menu yang pernah mendapat sambutan hangat dalam kalangan pelanggannya iaitu Garlic Butter Chicken.

Garlic Butter Chicken adalah hidangan ayam panggang Kenny Rogers Roasters yang terkenal dengan keenakan dan keempukannya yang diserikan dengan sos campuran mentega berkrim serta bawang putih.

Pengurus Pemasaran Berjaya Roasters (M) Sdn Bhd, Kennie Thong, berkata menu makanan berkenaan diperkenalkan semula selepas pihaknya mendapat maklum balas yang menggalakkan daripada pelanggan yang menggemari hidangan terbabit. 

Kennie Thong meletakkan sos mentega di atas ayam panggang Kenny Rogers Roasters ketika sesi memperkenalkan menu Butter Chicken Meal di Kenny Rogers Roasters, Sunway Velocity Mall.  Gambar NSTP/Owee Ah Chun.

“Berdasarkan maklum balas pelanggan di kebanyakan cawangan kami, ramai yang bertanya bila menu Garlic Butter Chicken akan dijual semula di restoran kami.

“Oleh itu, kami mengambil kira permintaan dan juga pandangan daripada pelanggan kami dengan memperkenalkan semula menu berkenaan yang turut disertakan dengan tema Back and Butter than Ever, sesuai dengan populariti hidangan berkenaan dalam kalangan pelanggan kami,” katanya ketika ditemui pada majlis pengenalan menu berkenaan di Sunway Velocity Mall, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Terdapat empat jenis hidangan dalam menu Garlic Butter Chicken iaitu Garlic Butter Chicken Meal, Garlic Butter Chicken & Soup Meal, Garlic Butter Whole Chicken dan Garlic Butter Family Feast.

Bagi memastikan Kenny Rogers Roasters sentiasa menjadi pilihan masyarakat, jenama terkenal itu sentiasa mempelbagaikan hidangan yang ditawarkan melalui pelbagai kempen yang diadakan sepanjang tahun.

Setiap kempen hidangan yang disediakan buat pelanggan di restoran berkenaan turut dirancang dengan mengambil kira segala keperluan dan juga kehendak selera pelanggan.

Kennie ketika ditemui pada acara memperkenalkan menu Butter Chicken Meal di Kenny Rogers Roasters, Sunway Velocity Mall. Gambar NSTP/Owee Ah Chun.

Menu Garlic Butter Chicken boleh didapati pada harga bermula daripada RM24.90 sehingga RM88.80.

Sementara itu, bagi pemegang kad keahlian Kenny Rogers Roasters berpeluang untuk mendapatkan Nasi Lemak Solo secara percuma melalui pengaktifan atau penambahan nilai kad KRR dengan jumlah sebanyak RM100.

Foto: Kenny Rogers Roasters.

Ahli Kenny Rogers Roasters yang berdaftar pula akan dihadiahkan dengan hidangan Quarter Meal yang akan dihantar terus ke rumah dengan sebarang pembelian yang dilakukan dalam bulan ulang tahun kelahiran mereka.

Sebarang maklumat lanjut mengenai promosi mahupun menu di Kenny Rogers Roasters, lawati www.krr.com.my atau www.facebook.com/krrmalaysia