Pengasas FashionValet, Vivy Yusof, sekali lagi terpalit dalam kontroversi apabila dituduh menciplak konsep kempen fotografi dan rekaan tudung seorang model, Nia Natasha yang lebih dikenali dalam sosial Instagram miliknya, @sleepyllama, baru-baru ini.

Melalui hantaran dalam akaun media sosialnya, Nia meluahkan kekecewaan kerana tudung baharu yang dilancarkan DuCK, koleksi The Artsy sama seperti koleksi yang pernah dihasilkannya dua tahun lalu.

Koleksi yang dinamakan Soonaru x Sleepy Studio itu adalah hasil kolaborasinya dengan label Soonaru yang menampilkan corak dan penggunaan warna lembut berkonsepkan artistik, malah turut menghasilkan konsep fotografi yang berlatarbelakangkan studio lukisan.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

keep swiping right for a freaking surprise!!!!!!!!!! 😆😊😊😊😊😊😊😊

A post shared by nia 🦙 (@sleepylllama) on

Koleksi baharu tudung dUCk dan kempen yang dilancarkan Ramadan ini turut memaparkan konsep yang sama, namun Vivy menerusi kenyataan dalam akaun media sosialnya menafikan tuduhan berkenaan.

Usahawan itu yang baru-baru ini menimbulkan kontroversi sehingga menjadi bualan hangat dalam media sosial berikutan dikatakan memandang rendah terhadap golongan B40 mempertahankan keaslian idea berkenaan, malah turut mengeluarkan paparan komputer yang dihasilkan pada 2018 sebagai bukti.

Pertelingkahan dalam media sosial antara kedua-duanya yang turut mendapat perhatian pengikut masing-masing tidak menemukan kata penyelesaian mahupun perdamaian antara Nia dan Vivy, bahkan masih berlarutan.

Kontroversi berkenaan ternyata membawa kebaikan apabila secara tidak langsung memberi promosi percuma kepada kedua-dua jenama terbabit.

Koleksi tudung Vivy yang mencetuskan kontroversi itu agak menarik kerana menggunakan kombinasi warna pastel yang menawan dan ceria seperti merah jambu, merak karang, biru langit serta putih.

Fabrik digunakan iaitu matte satin dan crepe juga menyumbang pada jatuhan yang sempurna apabila digayakan.

Hakikatnya, gaya tudung atau selendang dalam warna lembut sentiasa mendapat tempat di hati penggemar, lebih-lebih lagi jika digandingkan dengan pakaian daripada warna polos.

Tidak kira berapa usia anda yang menggayakannya, tudung dengan cetusan warna sebegitu meletakkan anda dalam mood ringkas, namun bergaya dan tampak muda.

Bagi penggemar ungu dan merah jambu, rekaan dihasilkan pasti memberi semangat untuk lebih yakin menjalani hari walaupun sibuk dan penat.

Oleh itu, label tidak menjadi masalah, tetapi apa yang penting ialah warna dan bahan memberi keselesaan kepada pemakai.