Anda penggemar buah nanas? Pasti anda pernah makan pajeri nanas kan? Menu yang memang sedap kalau dimakan dengan nasi putih. Kalau kita hadiri majlis perkahwinan, menu pajeri nanas ini juga antara menu pilihan tuan rumah.

Nak dekat raya ini, mungkin anda boleh masak menu ini untuk hidangan hari raya nanti. Makan dengan ketupat pun boleh juga. Jom kita belajar cara nak masak pajeri nanas ini.

Bahan-bahannya:

1 biji nanas (dibuang kulit dan potong bulat)

250 ml santan

2 sudu besar kerisik

1 hingga 2 batang kayu manis

3 hingga 4 kuntum bunga lawang

4 hingga 5 biji buah pelaga

3 sudu besar serbuk kari

1 sudu besar udang kering

4 biji bawang merah

3 ulas bawang putih

1 inci halia

Gula

Garam

Minyak masak

Cara-caranya pula:

1. Kisarkan bawang putih, bawang merah, halia dan udang kering sehingga hancur.

2. Potong nanas menjadi bentuk bulat dan gaulkan dengan sedikit gula. Gaul sehingga rata.

3. Tumis bahan kisar tadi sehingga naik bau. Kemudian, masukkan kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan kacau.

4. Masukkan pula serbuk kari dan kacau rata.

5. Masukkan santan dan kacau sehingga rata.

6. Apabila mendidih, masukkan nanas. Teruskan kacau sehingga rata.

7. Masukkan kerisik, garam dan gula mengikut citarasa anda. 

8. Biarkan mendidih dan pecah minyak.

9. Siap dihidangkan!

Anda boleh rujuk video ini untuk gambaran yang lebih jelas.

 

Selamat mencuba!

Sumber: Dapur Berasap Utube