Cara orang sekarang, setiap kali suami atau anak melangkah keluar rumah, ini yang diungkapkan mereka ‘jaga diri’ atau take care.

Lain pula ceritanya si ibu yang sibuk memanjang dengan perniagaan dan persatuan, ada kalanya dia langsung tidak sedar ke mana anak atau suaminya pergi. Individu sebegitu masuk kategori parah!

Wahai wanita bergelar isteri dan ibu, firasat dan doa kamu yang paling mustajab, justeru perbanyakkan doa dan zikir dalam setiap ungkapanmu supaya Allah SWT sentiasa memelihara keselamatan anak dan suamimu.

Dalam melindungi anak-anak terutamanya, paling utama yang harus dilindungi adalah hatinya iaitu iman dan akidah. Maka, sebaik-baiknya kepada Allah SWT untuk memohon pertolongan kerana hanya Allah yang Maha Melihat apa yang ada di dalam hati seseorang insan.

Foto: Oh Bulan

Allah Ya Malik saja yang boleh membolak-balikkan hati, justeru sebaik membuat penyerahan kepada Allah, kita akan diberi sepenuh tenaga sebagai ibu bapa untuk menjalankan tugas-tugas sebagai jawapan Allah terhadap doa kita.

Dalam hubungan ini, amalkan zikir 5 nama ini sebagai penyerahan kepada Allah SWT untuk melindungi anak dan suami kita.

Caranya, zikir 5 nama dibaca 40 kali setiap pagi dan diiringi dengan bicara hati, “Ya Allah, aku serahkan anakku __nama__ kepadaMu yang Maha Mentadbir, Maha Mengurus, Maha Mengatur Agenda, Maha Menjaga dan Maha Memelihara. Sesungguhnya aku tidak berdaya menguruskan dan melindungi anakku.”

Di dalam surah Ali-Imran ayat 35 dan 36, ada diterangkan cara-cara seseorang itu perlu membuat penyerahan kepada Allah.

Ayat 35:

Ketika isteri ‘Imran berkata: “Ya Tuhanku, sesungguhnya aku menazarkan kepada Engkau anak yang dalam kandunganku menjadi hamba yang soleh dan berkhidmat (di Baitul Maqdis). Kerana itu terimalah (nazar) itu daripadaku. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”

Ayat 36:

“…. Sesungguhnya aku telah menamai dia Maryam dan aku mohon perlindungan untuknya serta anak-anak keturunannya kepada (pemeliharaan) Engkau daripada syaitan yang terkutuk.”

Apabila kita menyerahkan urusan anak kepada Allah, kita akan diberi tenaga yang cukup luar biasa dalam mendidik, membimbing, menjaga, menyayangi, memantau dan mengurus anak. Melalui doa kita, Allah boleh memberi sepenuh tenaga kepada kita sebab kitalah khadam dan juga khalifah Allah untuk menzahirkan sifat-sifat Allah SWT kepada anak-anak.

Tenaga mendidik: Ya ‘Alim Ya Hakim Ya Rashid
Tenaga membimbing: Ya Nuur Ya Haadi Ya Haq
Tenaga menjaga: Ya Hafiz Ya Muhaimin
Tenaga menyayangi: Ya Rahman Ya Rahim Ya Jaami’
Tenaga memantau: Ya Khobir Ya Basir Ya Raqib
Tenaga mengurus: Ya Waliy Ya Wakil Ya Baari’

Tidak susah bukan untuk menghafalnya? Oleh itu, mulai hari ini cuba amalkan zikir ini supaya anak, suami, isteri  atau ahli keluarga kita sentiasa dalam lindungan Allah SWT.