Peluang melancong secara percuma, sertai peraduan 12 Bulan 12 Percutian!


Setiap daripada kita  pastinya ingin merasai pengalaman bercuti ke luar negara. Dengan melihat dunia luar, disamping dapat berlibur ia meluaskan perspektif kita terhadap kehidupan sekali gus menambah pengetahuan baharu.

Bagaimanapun  tidak semua orang berkemampuan untuk menikmatinya lebih-lebih bagi golongan berpendapatan rendah kerana ia membabitkan kos yang tinggi.

Namun begitu, usah khuatir rezeki tidak akan pernah salah alamat. Bagi yang sudah lama memendam dan menantikan peluang ini, Nu-Prep melancarkan kempen selama setahun menerusi pertandingan 12 Bulan 12 Destinasi yang akan memilih 12 pemenang bertuah untuk ke 12 lokasi menakjubkan di serata dunia.

Antara lokasi pelancongan yang bakal ditaja syarikat pengeluar produk kesihatan lelaki dan wanita itu adalah Bali, Hanoi, Jeju, Istanbul, Sydney, Beijing, Tokyo, Perth, Maldives, Jeddah, Almaty dan Boracay. Hadiah pertandingan ini termasuk tiket percutian 3 hari 2 malam.

Pengurus Kanan Perancangan Korporat, Haliza Ramli berkata, peraduan ini adalah sebahagian daripada promosi dan pada masa sama meraikan pelanggan yang selama ini sentiasa memberi sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada produk berkenaan. 

Foto: Pengurus Kanan Perancangan Korporat, Haliza Ramli, memberi penerangan mengenai peraduan 12 Bulan 12 Destinasi.

“Peraduan tahun ini adalah kita membawa para pemenang melancong dan bercuti ke 12 destinasi pilihan pada setiap bulan.

“Seperti tahun lepas, kami memberikan hadiah wang tunai sehingga RM20,000 dalam peraduan Bonanza nu-pre wanita dan Cabaran 30 hari bersama nu-prep," katanya pada majlis pelancaran 12 Bulan 12 Destinasi yang berlangsung di IOI City Mall, Putrajaya baru-baru ini.

Yang turut hadir, Pengurus Besar Kualiti Pelanggan, Izham Mohd.

Haliza berkata,  pemenang yang terpilih bakal menerima banyak hadiah yang mengejutkan seperti mereka akan menerima tiket penerbangan percuma dan lebih mengujakan penginapan ketika melancong akan ditaja serta tidak terkecuali menerima  duit poket bernilai RM1,500. Paling istimewa ialah pemenang dibenarkan membawa pasangan untuk menikmati percutian bersama-sama sekiranya mahu.

Foto: Pengurus Besar Kualiti Pelanggan Nu Prep, Izham Mohd, menyerahkan hadiah kepada pemenang utama peraduan Nu Bonanza Nu-pre Wanita dan Cabaran 30 Hari Bersama Nu-Prep yang diadakan pada 2019.

Bagi pelanggan yang ingin menyertai peraduan ini perlulah membeli mana-mana produk Nu-prep secara dalam talian atau di farmasi Caring, Watson, Guardian berdekatan dan mengisi borang yang disediakan.

Pengumuman pemenang akan disiarkan dalam media sosial rasmi mereka. Sebarang maklumat lanjut, bokeh layari http://www.nuprep.com.my

Cara untuk menyertainya amat mudah!

Daftarkan penyertaan anda dengan:

1. Membeli sebarang produk dari rangkaian jenama Nu-Prep Wanita, Nu-Prep Lelaki atau Nu-Caffe.

2. Daftar secara atas talian di www.nuprep.com.my

3. Sertakan bukti pembelian produk di borang penyertaan.

4. Tekan butang 'Submit.'

Pendaftaran akan ditutup pada hari terakhir setiap bulan (29 atau 30 atau 31 hari bulan).

Satu-satunya cara meningkatkan peluang kemenangan adalah dengan menghantar lebih banyak borang pendaftaran!

Lebih banyak anda membeli dan mendaftar, lebih banyak peluang anda untuk menang!

Pertandingan 12 Bulan 12 Destinasi anjuran Nu-Prep layak disertai oleh semua individu berusia 21 tahun dan ke atas.

Setiap penghujung bulan (29 atau 30 atau 31 haribulan), satu sesi cabutan bertuah akan berlangsung di laman Facebook Nu-Prep Lelaki atau Nu-Prep Wanita menerusi sesi Facebook Live.

Mereka yang sudah mendaftar disarankan untuk menonton sesi Facebook Live terbabit dan pemenang akan dihubungi oleh pihak penganjur.