Kemelesetan ekonomi dunia berikutan penularan wabak COVID-19 turut memberi impak kepada Malaysia. Bukan sahaja ramai yang hilang pekerjaan, tetapi harga barangan juga meningkat.

Antara yang ketara ialah peningkatan harga emas sehingga berada pada tahap tertinggi dalam sejarah apabila mencecah paras RM270 segram.

Pengerusi Eksekutif Kumpulan Habib, Datuk Seri Meer Habib, berkata kelembapan ekonomi itu memberi impak bukan sahaja kepada pembeli, tetapi juga usahawan di seluruh negara.

Bagaimanapun, beliau berkata, masyarakat perlu melihat keadaan itu dari sisi yang berbeza dan mengambil peluang daripada kenaikan harga emas ini sebagai satu waktu yang sesuai untuk menjual beli emas.

“Saban hari, harga emas yang dijangka semakin meningkat untuk tempoh yang agak lama membuatkan setiap pembelian emas kini merupakan satu pelaburan yang bijak kerana harga emas lebih stabil berbanding nilai mata wang dunia.

“Bagi memudahkan pelanggan, Habib menawarkan pembelian semula dengan harga yang berpatutan buat pelanggan kami yang ingin menukar barangan kemas lama kepada yang baharu,” katanya dalam satu kenyataan, baru-baru ini. 

Bersempena dengan sambutan raya pada tahun ini yang disambut dengan norma baharu, Habib menawarkan potongan harga sehingga 70 peratus untuk barangan kemas berlian dan batu permata yang terpilih.

Selain itu, jenama barang kemas terkenal itu itu turut menawarkan potongan harga RM10 untuk segram emas, malah setiap pembelian bernilai RM8,000 ke atas dalam satu resit akan mendapat jam tangan Ice Watch Ice Steel.

Promosi Syawal istimewa itu berlangsung sehingga 22 Jun 2020 di seluruh bilik pameran Habib di seluruh Malaysia.