Meskipun selendang dan turban dilihat lebih mendominasi pasaran fesyen tudung, namun tudung jenis bawal tetap menjadi pilihan ramai wanita untuk digayakan setiap hari.

Wanita berhijab kini dilihat semakin bijak menggayakan fesyen klasik tudung bawal dengan mempelbagaikan teknik pemakaiannya agar lebih mengikut aliran fesyen terkini.

video tutorial gaya tudung bawal

Gambar: Jim/ Hijab &Heels NSTP

Gaya terkini bawal tidak lagi terhad kepada dua atau tiga gaya sahaja seperti selempang ke belakang atau dipinkan pada bahagian hadapan kerana kini pemakaian tudung bawal divariasikan dengan gaya fesyen semasa yang lebih sofistikated dan elegan.

Bagi mereka yang inginkan kelainan dalam menggayakan tudung bawal, penata gaya hijab popular, Nazrul Anas daripada Naz Living a Style berkongsi tutorial gaya tudung ke pejabat yang mudah dan cantik.

tutorial video tudung bawal

Gambar: Jim/ Hijab & Heels NSTP

Nazrul atau lebih dikenali dengan panggilan Naz adalah penata gaya yang popular dalam industri fesyen tempatan dan banyak menggayakan fesyen tudung selebriti popular tanah air antaranya Neelofa dan Mira Filzah.

Cara penggayaan tudung bawal yang dikongsi Naz bukan sahaja cantik dan menarik, malah sangat mudah dan sesuai digayakan untuk pelbagai majlis termasuklah ke pejabat.

Jom lihat video tiga tutorial gaya tudung bawal yang dikongsi Naz, eksklusif buat pelayar Hijab & Heels. Selamat menonton!