Meskipun ketika ini rakyat Malaysia sedang menjalani Perintah Kawalan Pergerakan, itu tidak bererti tempahan lokasi percutian untuk beberapa bulan akan datang mahupun hujung tahun tidak boleh dilakukan.

Apatah lagi, semua urusan tempahan begitu mudah sekarang ini, segalanya hanya di hujung jari.

Bagi pembaca yang sedang mencari suasana percutian yang mendamaikan dan kembali pada alam, eRYAbySuria, Janda Baik adalah lokasi ideal buat anda.

Tambah mengujakan pada 14 Februari lalu, resort yang sering menjadi tumpuan syarikat korporat dan kerajaan untuk melakukan seminar mahupun sesi sumbang saran (brainstorming) itu, telah memperkenalkan konsep penginapan baharu yang terletak di kawasan lapang estet berkenan.

Foto: Archive Hijab & Heels

Foto: Archive Hijab & Heels

Foto: Archive Hijab & Heels

Semi glamping adalah tarikan terkini eRYAbySuria, yang menjanjikan suasana damai dan tenang, malah terdapat kemudahan ruang solat dan bilik air berhampiran tapak perkhemahan.

Selain itu, pada sebelah malam pengunjung juga dapat menonton wayang pacak karya filem pecah panggung, sekali gus mengembalikan nostalgia era 1970-an.  

Foto: Archive Hijab & Heels

Sebelum itu, wajib isi perut dulu dengan hidangan lazat berbeku sambil duduk bersembang mengelilingi coloured fire camp atau unggun api berwarna.

Foto: Archive Hijab & Heels

Foto: Archive Hijab & Heels

Usai menonton wayang pacak, tentu saja mata mulai mengantuk. Nyaman sekali melelapkan mata, apa lagi bertemankan bunyi cengkerik, burung pungguk dan desiran air sungai yang mengasyikkan, terletak cuma beberapa langkah dari tapak khemah.

Harga untuk menyewa semi glamping ini amat berpatutan, cuma RM35 satu kepala dan pengunjung akan diberikan kemudahan seperti khemah, beg tidur, aktiviti unggun api dan wayang pacak. Terdapat juga harga pakej bagi mereka yang ingin bercuti secara berkumpulan.

Foto: Archive Hijab & Heels

Foto: Archive Hijab & Heels

Sekiranya anda ingin menikmati hidangan berbeku, tambahan RM25 dikenakan dan menu diberi merangkumi nasi goreng, salad, ayam, daging, kambing, sosej dan burger panggang. Murahkan!

Bukan itu saja, jika anda yang tinggal di semi glamping dan memilih untuk bersarapan pagi, makan tengah hari dan petang di eRYAbySuria, caj yang dikenakan amatlah berpatutan iaitu bergantung pada menu pilihan anda.

Tarikan lain terdapat di sini

1 Kelas memasak

Satu keunikan di eRYAbySuria,  ialah program kelas masakan menumpukan pada menu kampung di Pahang yang diajar oleh chef berpengalaman dalam masakan Pahang.

Bagaimanapun tempahan harus dibuat lebih awal supaya pihak resort dapat menyediakan barang-barang basah untuk memasak.

Chef dari eRYAbySuria menyediakan dua hidangan, kari kepala ikan dan pengat durian. Foto: Archive Hijab & Heels

Kari Kepala Ikan – Foto: Archive Hijab & Heels

Pengat durian – Foto: Archive Hijab & Heels

2. River tubing

River Tubing atau bot donut adalah aktiviti yang paling menyeronokkan di sini. Untuk memastikan  tidak terpisah dengan rakan-rakan yang lain, anda perlu memaut tali pelampung orang hadapan atau belakang. 

Kelengkapan seperti topi keledar dan jaket keselamatan turut diberikan.

Foto: Archive Hijab & Heels

Foto: Archive Hijab & Heels

3 Aktiviti dalaman

Andai kata cuaca kurang baik, ibu bapa dan anak-anak masih boleh melakukan aktiviti berkeluarga seperti bermain dart, congkak, badminton, scrabbles dan chess.

Foto: Wikipedia

4. ATV (All-terrain vehicle)

Kepada anda yang sukakan aktiviti lasak boleh mencuba permainan ATV, yang terletak kira-kira 4 kilometer dari eRYAbySuria.

ATV Black Pearl Adventure, Pulau Santap, Janda Baik, ini tidaklah semahal di Kuala Lumpur, malah apa yang seronoknya sebelum anda sedia masuk ke trek mencabar, kelayakan anda akan diuji terlebih dahulu di trek latihan. Garis panduan ini ditetapkan pihak pengurusan supaya anda tidak mengalami sebarang kesulitan ketika berada di hutan.

Foto: Archive Hijab & Heels

Foto: Archive Hijab & Heels

Foto: Archive Hijab & Heels

5. Trek hutan

Buat si pencinta alam, barang kali trek hutan antara aktiviti paling digemari. Sepanjang meneroka, anda akan menemukan kebun aneka tanaman sayuran, tumbuhan unik dan juga spesies burung istimewa yang terdapat di sekitar Pulau Santap. Paling mengujakan sekali adalah air terjun yang cantik iaitu 7-tier Waterfalls, Lata Tampit.

Dah tahukan di mana percutian bajet yang menyeronokkan? eRYAbySuria ada jawapannya!

Foto: Facebook

Foto: Facebook

Foto: Facebook