Siapa kata beraya di rumah tak boleh pakai baju baharu. Sekurang-kurangnya sehelai, barulah meriah potret Hari Raya bersama keluarga nanti.

Bagi wanita di luar sana yang belum berkesempatan membeli baju raya dan teringin sangat menyarungkan jenama Rico Rinaldi, ada berita baik untuk anda.

Bermula semalam (17 Mei), jenama pereka tempatan terkenal itu mengadakan diskaun hebat dalam tempoh 48 jam dan bakal berakhir esok.

Tidak cukup dengan diskaun 50 peratus, mereka yang membuat pembelian akan diberi diskaun tambahan RM50.

“Kesemua koleksi Rico Rinaldi kecuali tas tangan (baharu sahaja dilancarkan), diberikan Minimum diskaun 20 peratus sehingga maksimum 50 peratus.  

“Tetapi jika anda membeli dalam tempoh 48 jam ini, anda akan diberikan diskaun tambahan sebanyak RM50 untuk pembelian RM250 dan ke atas,” kata Rico Rinaldi ketika dihubungi.

Foto: Instagram Rico Rinaldi

Bercakap mengenai koleksi yang dinamakan sebagai Summer Raya 2020 itu, terdapat 56 rekaan kesemuanya dan dihasilkan sebanyak 5,000 unit.

Foto: Instagram Rico Rinaldi

Tidak hanya boleh digayakan ketika Hari Raya sahaja, bahkan boleh disuai padan untuk penggayaan yang lebih kasual.

Foto: Instagram Rico Rinaldi

Berunsurkan flora, ia boleh didapati dalam pelbagai rekaan serta warna yang menarik semestinya menceriakan Aidilfitri anda, malah sangat berbaloi kerana kesemua koleksi Rico Rinaldi ini tidak melebihi RM300.

Foto: Instagram Rico Rinaldi