Produk kecantikan kulit diperbuat daripada rempah termahal di dunia


Pencarian terhadap bahan yang dapat mengembalikan keremajaan kulit tidak pernah terhenti kerana lumrah masyarakat hari ini yang ingin tampak muda dan mempunyai kulit yang cerah. Malangnya, pencemaran udara dan pendedahan pada sinar matahari boleh mempercepatkan proses penuaan kulit sehingga garis halus muncul lebih awal daripada waktunya.

Memahami permasalahan itu, jenama kecantikan terkenal, Safi memanfatkan khasiat safron yang dikenali sebagai raja rempah dalam sebahagian daripada formulasi produk baharunya, Safi Youth Radiance.

Pengurus Produk Safi, Kazlina Mohd Kassim, berkata penggunaan ekstrak safron dalam formulasi Safi Youth Radiance itu hasil kajian yang dijalankan di Institut Penyelidikan Safi yang mendapati rempah termahal di dunia itu bukan sahaja memberi manfaat apabila dicampur dalam makanan atau minuman, tetapi juga berkesan dalam produk penjagaan kulit.

Pengurus Produk, Safi, Wipro Unza Malaysia, Kazlina Mohd Kassim pada majlis pelancaran produk terbaru Safi Youth Radiance yang menzahirkan kehebatan Safron. NSTP/MUSTAFFA KAMAL

“Sebagai jenama yang menjadi perintis dalam industri kecantikan melalui inovasi teknologi kecantikan, Safi sentiasa melakukan penyelidikan bagi mencari bahan yang dapat membantu memenuhi keperluan wanita hari ini.

“Safron sudah digunakan sejak berabad lamanya bagi membantu meningkatkan kesihatan kulit, justeru penyelidik kami menjalankan kajian keberkesanan penggunaan rempah termahal di dunia ini dalam produk kecantikan kulit Safi bagi membantu mengembalikan kecerahan dan keremajaan kulit,” katanya ketika majlis memperkenal produk baharu Safi, Safi Youth Radiance di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Yang turut hadir ialah Ketua Pegawai Eksekutif Wipro Unza Malaysia, Sriram Krishnamurthy dan Eksekutif Produk Safi, Aimi Husna Ismail. Wipro Unza Malaysia adalah pengeluar rangkaian produk Safi.

Kazlina Mohd Kassim (tiga dari kiri) dan Aimi Husna (tiga dari kanan) pada majlis pelancaran produk terbaharu Safi Youth Radiance di Pavalion Kuala Lumpur. NSTP/MUSTAFFA KAMAL

Safron atau nama saintifiknya Crocus Sativus L ialah herba atau rempah yang tinggi khasiat dan lazimnya digunakan sebagai bahan dalam masakan premium terutama bagi mereka yang mengamalkan gaya hidup sihat.

Nilai safron dikatakan menyamai emas, malah di Malaysia harganya sekitar RM30,000 sekilogram. Harga rempah berkenaan begitu tinggi bukan sahaja disebabkan kesukaran dalam penyediaannya, tetapi juga khasiatnya yang tinggi.

Safron dikatakan hanya tumbuh sekali setahun dan boleh didapati di beberapa negara khususnya di kawasan Mediterranean dan Asia Barat seperti Iran serta Greece.

Selain bersifat antipenuaan, safron dikenali sebagai superfood kerana kaya dengan crocin yang mengandungi antioksida tinggi dan mampu mencerahkan, memperbaiki serta melindungi kulit daripada pencemaran.

Safron, rempah termahal di dunia. Gambar NSTP/Fadzlena

Sementara itu, Aimi Husna berkata, Safi Youth Radiance menggabungkan manfaat tiga revolusi iaitu Teknologi Safron Emas, Teknologi Beetox dan Lipo Vit-C.

“Ketiga-tiga teknologi ini memberikan dua kuasa kecantikan dalam satu masa iaitu memperlahankan proses penuaan dan menjadikan kulit lebih cerah berseri. Selain khasiat safron, Teknologi Beetox yang menggabungkan ekstrak bisa lebah dan emas nano 24K juga membantu melambatkan tanda penuaan.

“Lipo Vit-C ialah antioksida yang terbukti secara klinikal untuk mencerahkan kulit dan melindungi kulit daripada radikal bebas yang merosakkan sel kulit, sekali gus menjadikan Safi Youth Radiance produk yang memberikan pelbagai manfaat dalam satu,” katanya.

Paling penting produk ini halal digunakan kerana bebas alkohol, tiada kandungan paraben dan minyak mineral serta tidak diuji ke atas haiwan.

Rangkaian produk Safi Youth Radiance terdiri daripada Safi Youth Radiance Anti-Aging & Whitening Essence yang dijual pada harga RM55.90 bagi setiap 100ml, manakala Safi Youth Radiance Serum Infused Moisturiser berharga RM55.90 (40g).

Safi Youth Radiance boleh didapati  di Watson, Guardian dan Aeon Wellness di seluruh negara.