Anda masih tak tahu nak masak dessert apa untuk berbuka puasa nanti? Apa kata anda cuba buat Puding Tiramisu Kastard yang ingin penulis kongsikan ini. Penulis dah try buat, rasanya memang sedap!

Resepi ini memang mudah dan cepat untuk disediakan. Jom kita lihat cara nak membuatnya.

Bahan-bahan yang diperlukan:

400 ml susu cair

400 ml air

5 sudu besar tepung kastard

1/2 cawan susu pekat

Biskut Marie perisa kopi

Milo

Cara-cara membuatnya:

1. Masukkan susu cair, susu pekat, air dan tepung kastard ke dalam periuk. Kacau sehingga sebati.

2. Letakkan periuk di atas dapur gas dan masak sehingga pekat menggunakan api yang sederhana. Pastikan anda sentiasa kacau sehingga adunan menjadi pekat.

3. Setelah masak, sediakan cawan kaca, masukkan sedikit puding tersebut ke dalam cawan dan masukkan pula kepingan biskut Marie, kemudian taburkan milo. Jadikan ia lapisan sehingga penuh cawan anda. (rujuk video)

4. Pada lapisan atas sekali, taburkan milo dan simpan ke dalam peti sejuk selama 15 minit. Sedia untuk dihidangkan.

Selamat mencuba!

Sumber: Buat Orang Lapo