Ratu Rania, permaisuri Jodan yang menjadi kesayangan Raja Abdullah II dan seluruh rakyat Jordan bukan sahaja dikagumi kerana pembabitannya dalam banyak kerja amal yang memberi manfaat untuk rakyat di negara berkenaan, tetapi kecantikan beliau juga mencuri tumpuan seluruh dunia.

Pada usia 50 tahun, Rania yang berketurunan Palestin dan ibu kepada empat cahaya mata itu sentiasa tampil menarik dalam setiap majlis dihadiri.

Dari hujung rambut hingga hujung kaki, semua yang disarung beliau kelihatan sempurna dan kena sahaja dengan kulitnya yang cantik meskipun sudah mencecah usia separuh abad pada tahun ini.

Pilates membantu menyihatkan badan – gambar hiasan. Foto kredit: hk.asiatatler.com.

Tidak hairanlah apabila majalah Forbes pernah menamakan Ratu Jordan itu sebagai seorang daripada 100 wanita paling berpengaruh pada 2011.

Menerusi satu temu bual dengan portal fabiosa.com, Rania berkongsi panduan yang diamalkan untuk sentiasa tampil sihat dan cergas.

Mungkin kita menganggap sebagai isteri kepada raja yang berpengaruh di dunia, beliau tentunya memilih makanan yang mahal untuk membolehkannya tampil cantik dan sihat.

Namun begitu, jangan terkejut kerana Rania juga makan makanan seperti apa yang kita makan untuk sihat.

Kekacang juga baik untuk kesihatan – gambar hiasan. Foto kredit: plantamus.com

Ketahui lima rahsia sihat yang digemari Rania:

1. Bijirin dan legume

Rania dikatakan memulakan harinya dengan sarapan seperti bijirin dan kekacang. Antara kekacang ang digemarinya ialah almond dan walnut.

2. Makanan yang dikukus

Rania menggemari beras perang, kacang kuda, keju, sayur-sayuran yang dimasak scara kukus dan beliau juga tidak merokok.

Coklat gelap antara kegemaran Rania. Foto kredit: Humanwindow.com.

3. Coklat gelap

Coklat tidak menggemukkan, malah coklat gelap lebih banyak khasianya berbanding coklat biasa dan Rania memilih coklat untuk memenuhi cita rasanya terhadap makanan yang sering dianggap menggemukkan itu.

4. Elak karbo

Rania tidak mengambil makanan yang mengandungi karbohidrat, oleh itu roti dan pasta bukan pilihannya.

5. Mulakan hari dengan aktiviti sihat

Rania kerap memulakan harinya dengan melakukan yoga dan beliau juga menggemari sukan karate, taekwando, tinju, pilates serta senamrobik.
Kita pun boleh tampil sihat berdasarkan apa yang dimakan Ratu Rania!