Bosan makan nasi dan ingin tukar selera tekak dengan hidangan istimewa yang mudah? Apa kata cuba pasta tomyam udang.

Rasanya yang penuh rempah-ratus tomyam dan pekat berkrim memang memikat selera. Resipi pasta tomyam udang itu dikongsi dalam laman Instagram Seismik Makan.

Memang mudah, campak-campak sahaja semua bahan dah siap. Jom lihat resipi!

Bahan-bahan:

– 1 sudu minyak zaitun
– 15 ekor udang
– 3 batang serai
– 3 ulas bawang putih
– 1 cili merah
– 1 helai daun limau purut
– 1 biji bawang kuning
– 1 batang lobak merah
– 1 cawan cendawan
– 400 gram fettuccine
– 1 ketul kiub sup Tomyam Maggi (2 ketul jika nak tambahkan lagi rasa tom yam)
– 4 cawan air
– 1/2 biji limau nipis
– 1/4 cawan santan
– Lada hitam secukup rasa

Cara penyediaan:

1. Panaskan kuali dan masukkan minyak zaitun. Goreng udang sehingga separuh masak. Ketepikan.
2. Dalam kuali yang sama, masukkan serai, bawang putih, cili merah dan daun limau purut. Tumis sehingga wangi.
3. Kemudian, masukkan bawang kuning, lobak merah, cendawan dan fettuccine.
4. Setelah itu, masukkan empat cawan air yang telah dicampur dengan kiub sup Tomyam Maggi. Renehkan selama 15 minit.
5. Masukkan jus limau nipis, santan dan lada hitam. Renehkan seketika.

Pasta tomyam udang siap untuk dinikmati. Selamat mencuba!

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Seismik Makan (@seismikmakan) on