Sudah ada idea untuk sediakan menu apa bagi sarapan pagi esok? Kalau belum ada idea, apa kata cuba buat resipi perkongsian seorang guru, Juju Minhad iaitu roti telur cheesy bungkus.

resipi mudah dan sedap roti telur cheesy

Roti telur cheesy bungkus itu sangat mudah untuk disediakan, lima minit sahaja sudah siap! Bahan yang digunakan juga tidak banyak, hanya perlukan telur, keju dan roti.

Sukatan pula mengikut cita rasa anda, kalau suka makan keju banyak, boleh letak dalam dua hingga tiga keping keju bagi hidangan dua keping roti.

Cara penyediaannya juga sangat mudah. Ambil tiga biji telur dan pukul telur dengan campuran garam dan sedikit serbuk perasa. Kalau suka pedas boleh letak sedikit serbuk lada hitam.

Kemudian, panaskan minyak dan masukkan telur. Apabila telur separuh masak, boleh letakkan keju di atas telur. 

resipi mudah dan sedap roti telur cheesy

resipi mudah dan sedap roti telur cheesy

Seterusnya, letak roti dan bungkus dengan telur. Terbalikkan roti dan masak sehingga telur masak.

resipi mudah dan sedap roti telur cheesy

Roti telur cheesy bungkus sangat sesuai untuk dimakan seisi keluarga dan anak-anak pasti suka.

resipi mudah dan sedap roti telur cheesy

Menu ini sangat enak dimakan begitu sahaja atau makan bersama-sama sos.

Selamat mencuba!

Kredit sumber & gambar: Facebook Juju Minhad