Jika anda merancang untuk jalan-jalan cari makan di Selangor, apa kata singgah di daerah Sepang. Selain menjadi laluan keluar dan masuk utama negara dengan adanya dua lapangan terbang antarabangsa, KLIA serta KLIA2, dearah ini juga terkenal dengan tempat makan yang menarik dan wajib dikunjungi.

Antara tempat makan yang perlu ada dalam senarai lokasi tempat makan anda ialah Restoran Nasi Padang Minang Batang Kapeh. Restoran yang menyajikan menu masakan tengah hari itu terletak di Kampung Salak Tinggi, Sepang.

Kredit gambar: Tripify

Sekiranya anda peminat masakan selera kampung dan tradisional, Restoran Nasi Padang Minang Batang Kapeh memang pilihan yang tepat. Beroperasi setiap hari dari jam 11.00 pagi hingga 4.00 petang, restoran itu menyajikan hidangan lauk-pauk yang memang sedap tak terhingga.

Kredit gambar: Foursquare

Antara menu yang popular dan menjadi pilihan pelanggan ialah ikan bakar dan ikan keli goreng. Ikan bakar di situ sangat sedap dengan isi ikannya yang segar dan berjus. Rasanya bertambah padu apabila dicicah dengan sambal kicap.

Kredit gambar: Everything in between

Selain ikan bakar dan ikan keli, lauk-pauk yang dihidangkan juga beraneka. Memang rambang mata dibuatnya! Ada ayam bakar, masak lemak siput sedut, aneka jenis ulam-ulaman dan banyak lagi.

Kredit gambar: Foursquare

Jika anda teringin hendak makan masakan kampung yang terlajak sedap, bolehlah singgah di Restoran Nasi Padang Minang Batang Kapeh yang beralamat di B48, Jalan besar, Kampung Salak Tinggi, Sepang, Selangor.