Roti bakar keju tingkatkan keghairahan nafsu, betul ke?


Pasif di ranjang atau kurang keghairahan melakukan hubungan seks, sering dikaitkan dengan wanita lebih-lebih lagi selepas melahirkan anak. Keadaan ini biasanya berpunca daripada tumpuan yang lebih kepada penjagaan bayi yang masih kecil selain didorong oleh kesibukan harian di pejabat dan komitmen lain di rumah.

Jika tidak ditangani segera, masalah berkenaan boleh merenggangkan hubungan suami isteri. Bagi wanita yang menyusu bayi, ada beberapa kaedah yang boleh digunakan bagi menyuntik kembali rasa ghairah sekali gus membuatkan hubungan intim suami isteri terus hangat tanpa menggunakan pengambilan pil atau suplemen.

Kami kongsikan tujuh jenis makanan yang dipercayai dapat merangsang keghairahan wanita untuk berasmara. 

1. Tiram

Foto: Get Hiroshima

Tiram termasuk dalam senarai makanan pembangkit ghairah sejak dahulu lagi. Kandungan zink dalam tiram sangat tinggi, sehingga mampu meningkatkan jumlah sperma dan produksi testosteron. Selain itu, tiram juga mengoptimumkan fungsi sistem saraf kerana asid lemak omega-3-nya yang cukup tinggi.

Di samping itu, tiram turut mengandungi dopamina, iaitu hormon yang dikatakan mampu menaikkan nafsu perempuan yang dihasilkan ketika anda sedang terangsang. Jika mahu, anda boleh menikmati tiram dalam keadaan mentah. Sebelum itu, letakkan tiram di atas ketulan ais, kemudian perah lemon segar di atasnya.

2. Strawberi

Foto: Old Farmer's Almanac

Cara meningkatkan nafsu perempuan yang boleh anda cuba adalah dengan menikmati strawberi. Warnanya yang merah membantu anda membangkitkan rasa ghairah. Selain itu, strawberi juga merupakan sumber asid folik, antara kandungan vitamin B yang membantu mengurangkan risiko janin mengalami kecacatan atau bayi kurang berat badan.

3. Avokado

 

Foto: Jessica Gavin

Avokado kaya dengan asid folik yang membantu metabolisme protein  (metabolisme yang berasal dari asam amino yang berpunca daripada asam) sehingga menghasilkan banyak energi. Avokado juga mengandungi vitamin B6, khasiat yang dapat meningkatkan pengeluaran hormon lelaki dan potasium yang membantu meingkatkan fungsi kelenjar tiroid wanita. Kedua-dua elemen ini dapat meningkatkan kesuburan dan rasa ghairah ketika bersama suami.

Vitamin E yang terkandung di dalam avokado turut membantu tubuh meningkatkan hormon seperti testosteron, estrogen, dan progesteron yang mampu merangsang respon seksual seperti klitoris yang mengembang dan mengeluarkan cecair dalam vagina. Bahkan kandungan asid folik membantu metabolisme protein dan akan memberikan anda lebih banyak tenaga untuk ‘beraksi’.

4. Pisang

Foto: Medical News Today

Pisang mengandungi alkaloid yang bekerja dalam otak untuk meningkatkan keyakinan diri dan rasa ghairah seksual. Pisang merupakan sumber potasium dan vitamin B seperti riboflavin yang meningkatkan tenaga. Pisang memberikan khasiat penting untuk kekuatan otot, justeru anda disarankan kerap mengambil pisang kerana tahap rangsangan sungguh luar biasa!

5. Coklat

Foto: Serious Eats

Cara menaikkan nafsu perempuan yang seterusnya adalah coklat. Daya tarikan coklat ini sungguh hebat. Selain teobromina (sebatian pahit yang terdapat pada biji koko yang bertindak seperti kafeina), coklat juga mengandungi feniletilamina (phenylethylamine) yang dihasilkan otak ketika seseorang itu jatuh cinta dan anandamide (yang membuat anda berasa ketagih).

Coklat hitam (dark chocolate) paling bagus kerana mempunyai seabrek antioksidan yang baik buat tubuh kerana mampu membantu memulihara sistem ketahanan tubuh. Daya tahan tubuh yang optimum memang diperlukan untuk seks yang lebih hebat!

6. Madu

Foto: phys org

Madu mengandungi karbohidrat sederhana yang menghasilkan tenaga segera dan bahan bakar untuk otot-otot yang akan bekerja keras. Selain itu, madu juga kaya dengan vitamin B dan mampu membantu metabolisme tubuh dan hormon estrogen.

Caranya, masukkan beberapa sudu teh madu ke dalam secawan teh suam, kemudian boleh terus dinikmati.

7. Roti Bakar Keju

Foto: Taste of the south

Mereka yang menyukai makanan yang mengandungi keju memiliki frekuensi melakukan hubungan intim lebih kerap dibandingkan yang tidak menyukai makanan ini. Keju merupakan antara produk olahan susu yang kaya khasiat seperti kalsium, protein, vitamin, zat besi dan fosfor yang menyimpan pelbagai manfaat untuk kesihatan seperti untuk tulang, gigi, dan jantung.