Di selatan Vietnam terdapat sebuah daerah terpencil yang terkenal dengan keindahan alam semula jadinya dipanggil Wilayah An Giang.

Namun begitu, di sebalik lokasi terpencil itu, wilayah berkenaan menggemparkan dunia baru-baru ini apabila viral beberapa gambar roti bersaiz separa ketinggian manusia.

Foto: Rileklah

Digelar sebagai ‘roti gergasi’, roti itu dihasilkan setinggi satu meter dengan berat mencecah hingga 3 kilogram!

VNExpress melaporkan, ada individu mendakwa gambar yang tular diambil menggunakan sudut tertentu untuk mencipta ilusi bagi menampakkan roti berkenaan besar.

Bagaimanapun, dakwaan berkenaan tidak benar sama sekali kerana ia benar-benar wujud dan dijual sekitar USD2.14 atau RM10 setiap satu.