Sejak penularan wabak COVID-19 tercetus Januari lalu, kakitangan dan petugas hospital terutamanya doktor dan jururawat di seluruh yang paling banyak berkorban.

Bekerja lebih masa, tidak cukup rehat, terpaksa mengenepikan masa bersama keluarga, merisikokan diri sendiri tatkala merawat pesakit dan pada masa sama perlu menjaga kesihatan diri, bertugas dalam keadaan yang tidak selesa dan sebagainya.

Pendek kata, pelbagai cabaran terpaksa dihadapi oleh kakitangan perubatan yang merawat pesakit lebih-lebih lagi ada yang perlu berada di khemah khas dan terpaksa bekerja dalam keadaan panas.

Peka dengan keadaan itu, pengasas Fashion Valet, Datin Vivy Yusof dan suaminya, Datuk Fadza Anuar menyumbangkan pendingin hawa mudah alih kepada pihak hospital yang memberi rawatan kepada pesakit COVID-19.

Menerusi akaun Instagramnya, Vivy berkata sumbangan itu dihantar selepas dia menghubungi beberapa hospital untuk mengetahui keperluan mereka.

“Selepas pihak hospital dan sukarelawan melakukan pelbagai perkara yang menakjubkan, saya dan Fadza berasakan kami harus melakukan sesuatu.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

After learning about the amazing things that hospital staff/volunteers are doing, @fadzaanuar and I felt the need to do something. I reached out to ask what equipments they need and decided to contribute some portable airconds for them, in the name of everyone at FV. These were delivered today to Hospital Serdang, and Insyaallah more to come. We are seeing how to contribute to other hospitals combatting covid19 too, lots of FV people are interested to help! We complain how hot it is outside after 2 minutes of being outside, can you imagine what they go through wearing the whole hospital suit covered from head to toe. Thank you for all that you do for society, so proud to be a part of a community that cares and loves for one another. ❤ (Thank you @syedzainalsmt for helping me reach out and Kak Noordini for liaising for me) #covid19

A post shared by Vivy Yusof (@vivyyusof) on

“Saya hubungi pihak hospital dan bertanya akan keperluan mereka, kami membuat keputusan untuk menyumbang beberapa pendingin hawa mudah alih, malah ramai komuniti Fashion Valet yang sudi menghulurkan bantuan.

“Beberapa pendingin hawa sudah dihantar ke Hospital Serdang, Insya-Allah lebih banyak peralatan menyusul selepas ini,” tulisnya.

Vivy juga sempat menitipkan kata-kata penghargaan buat semua kakitangan hospital yang terlibat dalam usaha merawat pesakit COVID-19. Katanya, dia tidak dapat bayangkan mereka kepanasan memakai topeng dan sut hospital berjam-jam lamanya.