Pelakon terkenal, Datuk Adi Putra menempelak tindakan adik Pengarah Urusan gedung tekstil terbesar Malaysia, Jakel iaitu Muzaffar, yang dikatakan menyentuh sensitiviti orang Melayu, baru-baru ini.

Kata Adi, biarpun individu terbabit sudah membuat permohonan maaf, perkara itu bukan satu kompromi untuk dilupakan.

“Bulan puasa ni takde benda lain ke nak buat hal @muzaffarjakel?

“Maaf tu boleh, lupakan tak mungkin kot.

“Dua perkara yang perlu ingat, jangan bermain-main dengan agama dan jangan sentuh isu bangsa.

“Satu perkataan yang sesuai untuk kamu, BODOH,” tulis pelakon filem KL Gangster itu di akaun Instagramnya.

Terdahulu, tular di laman sosial apabila Muzaffar memuat naik hantaran seakan-akan memperlekeh orang Melayu apabila ramai yang mempertikaikan tindakan Jakel yang akan kembali beroperasi hari ini (Isnin).

“Kesian aku dengan orang Melayu. SOP tu bahasa Melayu pun tak pandai baca,” tulis Muzaffar.

Keadaan menjadi bertambah parah apabila individu yang menggunakan nama Nor Lizah di Facebook (FB), dipercayai mempunyai pertalian dengan keluarga Jakel itu, telah melemparkan kata-kata kesat terhadap orang Melayu.

Foto: Facebook

Bagaimanapun, hantaran itu telah dipadamkan selepas mendapat tekanan hebat daripada netizen, bahkan Nor Lizah membuat pengakuan kononnya FB milliknya telah digodam.

“Saya dan keluarga langsung tidak mengenali individu itu jauh sekali menyokong kenyataannya. Isu ini saya kira hampir reda, namun hantaran Nor Lizah di Facebooknya memanaskan kembali seperti mencurah minyak ke atas api yang hampir padam,” kata Datuk Faroz.