Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan bagi membendung penularan COVID-19 sehingga 31 Mac ini menyaksikan pelbagai telatah masyarakat yang dimuat naik dalam media sosial.

Masuk hari keenam pelaksanaannya menyaksikan ramai warganet yang berkongsi aktiviti di rumah, ada yang membersihkan laman, mengemas rumah dan tidak kurang juga memasak.

Beberapa selebriti tempatan turut berkongsi aktiviti yang mereka lakukan menerusi tandapagar #dudukdirumah.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

I’m with you ♥️

A post shared by Mrs Nedim (@noradanish) on

Nora Danish antara selebriti yang memuat naik video mengenai aktiviti yang dilakukannya. Dalam hantaran berkenaan, Nora Danish berkongsi pesanan agar duduk di rumah dan patuhi Perintak Kawalan Pergerakan.

Selain itu, ibu jelita itu juga turut berkongsi aktiviti di rumah yang memaparkan beliau meluangkan masa bersama anaknya, Ney Ney.

1. Memasak
Antara aktiviti yang wajib dilakukan adalah memasak. Buka buku resipi yang sudah lama terperuk di almari buku dan sebagai permulaan cuba masak resipi menarik yang mudah dilakukan.

Apabila melihat hasilnya yang memberangsangkan, pasti anda bersemangat untuk terus memasak lagi. Jika anda sudah berkeluarga, ini masanya untuk mengajar anak-anak memasak untuk mereka manfaatkan kelak.

2. Kemas rumah
Kesibukan sebagai wanita bekerjaya ada kalanya membuatkan kita tidak berkesempatan untuk mengemas rumah. Memandangkan Perintah Kawalan Pergerakan ini akan dilaksanakan sehingga 31 Mac ini, luangkan masa untuk mengemas rumah, antaranya kemas rak buku, ruang dapur terutama kabinet di dapur dan lap tingkap.

Anda pasti teruja dengan hasilnya, lebih-lebih lagi dalam masa tiga bulan kita akan meraikan Aidilfitri!

3. Basuh kereta
JIka selama ini anda sering menghantar kereta ke kedai untuk dicuci, gunakan peluang ini untuk membasuh kereta yang berdebu itu. Mulakan dari ruang dalam kenderaan, sebelum mencuci bahagian luar.

Selepas dibersihkan luar dan dalam, pastikan anda mengilat bahagian kulit terutama kerusi anda. Kereta pasti berbau harum dan kelihatan seperti baru dibeli.

Mengemas rumah juga adalah antara kegiatan yang boleh dilakukan ketika berada di rumah – gambar hiasan. Sumber: Theasianparent.com

4. Bersihkan laman rumah
Mula-mula bersihkan lantai di depan rumah anda, kemudian gunakan mop untuk mengelap lantai. Ini diikuti laman yang berumput, pastikan rumput dipotong pendek.

JIka anda mempunyai gunting potong pokok, cuba bentuk pokok bunga di laman mengikut cita rasa anda.

5. Membaca buku
Selain menonton televisyen, anda juga boleh meluangkan masa dengan membaca buku atau novel yang ada. Jika tiada buku yang bersesuaian, anda boleh memuat turun novel dan buku yang kini sudah banyak dipindah dalam bentuk digital.

Mudah bukan!